Pages

Tuesday, June 3, 2014

Insulin terukkan kencing manis?

Eh betul ke ni?
Pelbagai reaksi yang doktor terima bila nak start patient on insulin. And rumors tentang ubat itu & ubat ini banyak side effects memang takkan surut sampai bila2. Tetapi komplikasi penyakit kronik yang dihidapi tanpa rawatan ubat tak pernah diambil tau.
Well, kencing manis (DM) ni mula2 kita akan rawat dengan Tab. Metformin (MTF) dulu. Kalau tak okey juga, kita akan topup dengan sulphonylureas (Gliclazide/Glibenclamide). Ni aku cerita praktis kat Govt Clinic kat Malaysia ye. Then, kalau both pun dah maximum dosage..memang kene start with insulin injection.

Dos bagi 1 biji ubat:
MTF - 500mg
Diamicron - 80mg
Daonil - 5mg

Max dosage :
MTF - 1g bd
Gliclazide (Diamicron) - 160mg bd
Glibenclamide (Daonil) - 10mg bd

Kenapa nak start insulin ni? Tak boleh ke teruskan makan ubat je?
Pada saat aku decide for insulin commencement, bermaksud..hormon insulin dalam badan patient memang dah terlalu 'resistance'. Means, hormone tu dah tak sensitif dan tak berfungsi dengan baik lagi.
Pada awalnye, kita akan start dengan dosage paling rendah (dose berbeza mengikut individu & berat badan). Patients digalakkan untuk memantau bacaan paras gula semasa di rumah (SMBG) so that doktor boleh review bacaan tu semasa temujanji seterusnya & adjust dos insulin. Sememangnya pada masa ni dos insulin tu adalah 'suboptimal'. That's why paras gula dalam darah still high (hyperglycemia). Lepas tu akan jadi glucosuria (kencing ada gula) pula. Glucosuria ni akan sebabkan osmotic diuresis - keadaan di mana patients akan kerap kencing. Maka, akan timbullah persoalan dari patient,  "Dr, makcik rase gula makcik makin tak controllah sejak start insulin ni sebab makcik makin kerap kencing, berbanding masa makcik makan ubat."
Now, u all dah tau jawapannye kan?

SMBG - Sorry 'menyenget' dorang ni photostat.

15 comments:

  1. oh ok, thanks for sharing the knowledge doctor...

    ReplyDelete
  2. good info!
    takut pula kandungan gula dalam badan Coffeelover ni..hehe

    ReplyDelete
  3. hurmmm kecing manis nih dulu penyakit orang kaya.. kini tak lagi.. orang miskin pun dah banyak kena.. hurmmm. moga akan ada rawatan yang lebih efektif

    ReplyDelete
  4. betul ke mereka yang ada kencing manis dan darah tinggi tidak boleh cabut gigi?

    ReplyDelete
  5. bawa orang rumah pergi ke klinik gigi.. dah tutup sebab kena saman pesakit meninggal sebab cabut gigi.. katanya pesakit tu ada darah tinggi dan kencing manis

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~