Pages

Tuesday, June 17, 2014

Bukan mudah nak puaskan hati SEMUA orang.

Slalu jd ni..nak wat camner..redah jer..memang susah nak puaskan hati semua..
Dah bace dialog kartun ni?
Korang faham kan?
Dalam kehidupan harian, kita akan bertemu dengan ramai orang.
Banyak orang..means..banyak ragam..
Aku tau setiap orang pasti akan terkenang sesuatu sekarang ni, kan?
Aku sendiri selalu alami benda ni terutamanya ketika berdepan dengan pesakit di klinik.
 Aku nak korang tutup mata & imagine kejap situasi ni :
HARI PERTAMA :
Ada 2 orang doctor yang duduk di dalam bilik mereka.
(Bilik tu ofkoslah ada pintu & dinding batu ..bukan cermin.)
Sekali-sekala ada jururawat yang masuk ke bilik kerana menghantar kad pesakit.
Kad disusun mengikut No. giliran yang didapatkan oleh pesakit sendiri di Kaunter Pendaftaran di pintu masuk klinik.
Seorang doktor akan menekan No. satu persatu mengikut giliran pesakit.
Tiba2 masuk seorang pakcik umo 70 menjerit & terpekik-pekik kepada doctor kerana katanya telah 1 jam menunggu tetapi doctor tidak memanggil No. nya.
" Kenapa Dr. tak panggil No. saya, 2028 dulu? Tapi panggil no 2017 sedangkan saya dah tunggu lama !! "
Kedua-dua Dr cuba explain in details bagaimana situasi tersebut boleh terjadi tetapi Pakcik tua sikitpun tak mahu terima & terus marah.
*********************
HARI KEDUA :
Selepas kejadian hari sebelumnya, Dr in-charge cuba ubah system.
" Nurse, lepas ni walaupun pesakit datang awal, pastikan dia buat Ujian urin & ECG dulu baru diberi No. Because kita nak avoid delay in treatment bagi pesakit yang tak perlu buat ujian tersebut pada hari ini & seterusnya. "
Doktor pun menjalankan tugas merawat pesakit macam biasa.
Tiba-tiba...
" Dr, doctor tak bolehlah bagi no kemudian - lepas saya buat Ujian urin & ECG.
Saya kan datang awal."
******************************
SO, WHAT SHOULD WE DO ?

29 comments:

  1. lebih baik ikut system dari menyusahkan org lain. mmg susah nak puaskan hati manusia. huhuhu

    ReplyDelete
  2. mcm2 ragam manusia..kalau nk ikut boleh mati oooo...

    ReplyDelete
  3. Betol tu kak. Memnag susah nak puaskan hati orang. Hati sendiri ni tak terpuas lagi.
    Macam macam perangai.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Tulah..ada yang muda cenggini. Yang tua cenggitu. Takde yang betul, kan?

      Delete
  5. menyusahkan betol .. haha .. Manusia oh manusia ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah bace blog awak.
      Thanx, kata2 awak beri kekuatan kat akak.

      Delete
  6. Ikut apa yg Allah kata pasti selamat...

    ReplyDelete
  7. asam garam kehidupan.. saya berkerja di bank.. situasi yang hampir sama juga saya alami.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua nak cepat.. semua nak terbaik.. semua nak dilayan..

      Delete
  8. yang penting ikut kesesuaian bukan ikut orang.
    kalau benda tu tak salah,pedulikanlah apa kata orang.
    manusia pelbagai ragam.
    kalau semua sama umpama robot.
    be ourselves, that the main things.

    ReplyDelete
  9. hummm,....macam macam..buat sahaja apa yang difikirkan terbaik dan menyenangkan doctor patient dan staff secara general..ignore the ignorance..memang susah nak puaskan hati tiap tiap orang

    ReplyDelete
  10. macam-macam ragam manusia. tambah2 jenis tak sabar dan nak kejar masa.

    ReplyDelete
  11. Ragam dan mentaliti orang ni bermacam-macam...

    ReplyDelete
  12. Selalu kalau gi klinik kesihatan mmg camni...tapi apa kan daya..sebab tu klu pegi checkup ira akan jadi orang yang terawal sebelum klinik buka lagi..hahaa punya xsuka menunggu

    ReplyDelete
  13. kita tak mampu nak puaskan hati semua orang, sebab kita pun manusia biasa..

    ReplyDelete
  14. di klinik kesihatan memang akan hadapi masalah ni kan.. susah kalau kita nak puaskan hati semua orang..

    ReplyDelete
  15. susahkan nk puaskan hati seseorang yg penting hati sendiri kena puas dulu..

    ReplyDelete
  16. lagi senang buat hal sendiri jer..

    ReplyDelete
  17. setiap orang mempunyai pandangan dan perspektif berbeza.. jika berfikiran negatif akan sentiasa nampak kesilapan orang

    ReplyDelete
  18. Hidup memang begini.. tak dapat nak puaskan hati semua orang.. asalkan kita rasa apa yang kita buat ni tak terpesong sudah mencukupi :')

    ReplyDelete
  19. bila berurusan dengan orang yang pelbagai ragam ni, memang menuntut kesabaran yang tinggi

    ReplyDelete
  20. Memang kita tak akan mampu nak puaskan hati setiap seorang kan,..ada je tak kena. Kalau diikut-ikutkan, boleh pening kepala dibuatnya :)

    ReplyDelete
  21. bukan mudah untuk memuaskan hati orang lain..

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~