Pages

Monday, May 12, 2014

Motivator ... seswai ke??

Mase kecik.. aku berangan nak jadi cikgu or pensyarah.
Tapi, dah besar.... aku jadi doctor..
Bile orang tanye nape aku jadi Doktor? Aku jawab – taktau. [mesti korang offended bace jawapan aku kan]. Kawan aku yang advise aku jadi doctor, so jadilah aku begini. Thanks pada kawan-kawan Matriks yang sekuliah dengan aku & dok 1 ‘wing’ ngan aku. Rindu pulak bile tingat saat-saat bersama korang kat Matriks (walau setawun cuma.. – ayat dah jiwang karat pulak).
Ape kena-mengena dengan MOTIVATOR pulak?
Sebenarnya aku suka ‘mengajar’. Kalau boleh, ape yang aku tau..yang aku pandai..aku nak orang lain pun jadi cam tu. Ake benci orang kedekut ilmu. Ilmu tu kan Allah yang bagi..buatpe ko nak simpan dalam poket kan? Jadi Motivator pun kene ajar orang meh.. Macam Dato’ Dr. Fazley yang hensem and ohsem tuuuu.. Tapi, Dato kene bayar. Aku? Sekadar memotivasikan budak sekolah Darjah 6 yang aku wat RME (Check-up). Aku kan suka membebel…me’lecture’ orang. Jadi, kenelah budak-budak sekolah yang nak UPSR ni.
Adelah 1 skolah ni ..budak Djh 6nye ade 6 kelas. 1 kelas dalam 37-38 orang. Bile RME kelas 1st & 2nd – disiplin lagi. Masuk 3rd class dah mula xdengar ceramah kesihatan yang aku bagi, kelas 4th & 5th dah buat kedai kopi kat belakang. Dah macam pasar… rase cam nak penampar je …kalau anak aku..tapi ni anak orang. Singgah jugak lah cubitan kat badan tu dah xdengar aku ceramah knape. Haa tu lah sebab AKU TAK BOLEH JADI CIKGU…sebab AKU CEPAT HANGIN. Memang cepat darah tinggi kalau aku jadi cikgu.
But, u guys know ..[ Please pay attention okey..]
The last class ..I mean kelas no 6. Kelas ni dalam 30 orang.
Bile aku ceramah, dorang dengar betul-betul. Aku tanye – dorang jawab sungguh-sungguh. Aku tak tanye – dorang yang tanye aku. Sangat proaktif. Main sikit2 tu biasalah..budak2. Cume ade 3 ‘ketul’ je kat belakang tu yang tak dengar langsung ape aku ceramah. Bila tanye, sepatah haghaaam taktahu jawab. [Nak kene penampar jugak karang budak ni! Sabau-sabau. Sabau ye, Shikin]. Sangatlah teruja dengan budak-budak kelas ni. Dorang sebenarnya pandai, tapi kurikulum sekolah membataskan kepandaian dorang. And aku kesian bile dapat tau (most sekolah pun same..), budak2 yang merosot dalam pelajaran ni slalu diabaikan. Because sekolah nak focus pada budak kelas pandai..
Mase RME..
"Kamu tau tak, orang dewasa macam saye boleh tau kamu ni  orang yang macam mane?"

Pelajar 1: Kamu ni budak pandai. Kamu mesti terus  belajar. Usaha ->Doa->Tawakkal. Jangan cepat putus asa. Biar orang kate kamu tak pandai, kamu jangan peduli. Saya tau kamu pandai, cume mungkin kamu lambat sikit. Kamu tau tak, mereka2 yang dapat 5A mase UPSR ni tak semestinya cemerlang mase PMR & SPM nanti. Dan x semestinye dorang jadi doctor , engineer dll. Kawan doctor yang mase SPM dapat 4A..mase matriks same 4.00 dengan saya. Jadi, ingat nasihat saya.
[die memang focus masa aku cakap. And, dalam hati aku tak putus2 doa moga 1 day die berjaya. Insyaallah].
Pelajar 2: Kamu ni ada perasaan ingin tau yang tinggi, tapi, perhatian kamu senang terganggu (distracted). Kamu kene cari cara macam mane nak bagi tumpuan kamu pada pengajaran lebih lama.
Pelajar 3: Kamu ni sangat proaktif. Berani bagi jawapan walaupun xsemua betul. Tapi, kamu lebih kepada main-main. Main-main boleh, tapi tolong limitkan.
Pelajar 4: Kamu ni pendiam. Betul kan? [die just senyum] . Diam tu bagus. Tapi, kalau ade masalah jangan diam jugak..nanti tak pandai.
Memang surprising bile jumpa budak2 kelas hujung tapi bijak.
Sesape kate budak2 kelas hujung BODOH, aku luku kepala korang. Understand !!
Tak kenal, maka x sayang.
Aku sayang dorang ni macam adik-adik aku. Satu yang aku harap dorang x buat – jangan merokok, minum arak, ambik dadah, lumba haram & terlibat dengan apa jua bentuk salah laku. Harap Allah makbulkan doa aku supaya dorang Berjaya di dunia & akhirat.

3 comments:

  1. percaya atau tidak kadangkala memang terselit pelajar bijak didalam kelas corot.. bukan kerana tak pandai tapi memang mereka suka low profile.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. merendah diri kena ada dlm diri kan..

    ReplyDelete
  3. Akak lebih suka ajar budak2 lemah yg ada mint nak belajar berbanding yg bijak, perasan bijak dan bodoh sombong. Expression mereka bila dah faham apa yg kita ajar,...priceless :)

    Shikin memang leh jd motivator :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~