Sunday, August 24, 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP.

Klik banner untuk join. 
Hadiahnye memang sangat kuidamkan:)
Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!
Korang mungkin salah seorang darinya. Mari mari join kalau sudi.

Palm Mall & Seremban Prima, Seremban.

Sabtu, 23/8/14.
     Harini papa tak keje so dapatlah bawa my angels keluar. Memang dah lama berhajat nak beli baju tidur Ziqri sebab baju suma dah lama. Actually nya, aku bukan kesah baju lama ke baru. Aku cuma kesiankan anak aku sebab baju semua dah sendat (a.k.a fit), sampai terangkat nampak perut. Dah pulak boncet. Hehehe..
     So, kami straight ke Palm Mall, Kemayan Square - tepi KPJ Seremban. Masa tu baru lepas hujan lebat. Tinggal hujan renyai-renyai je. Tapi jalan memang banyaklah lopak-lopak air. Habis basah skirt aku.

Dari kiri : Iri, mama, Haziq.
Awaiting papa cari trolley barang.

Macam-macam aksi.
Jangan tergolek sudaa..
     Pusing punya pusing, tak jumpa pulak baju kanak-kanak. So, masuk Giant je lah buat beli pampers & susu anak. Kebetulan tengah ada diskaun. Susu Dutch Lady 123 1kg - Biasa RM27.++, rini RM21.++ (Susu Dutch Baby 1kg lebih mahal - RM31.90). Tak pusing habis pun sebab kitorang tak berkenan sangat senibina bangunan ni - buatkan ia nampak not spacious). Sedara aku kata, toilet2 dalam Palm Mall ni takde cermin. Malas cerita lelebih ..serraaaammm.
Nak balik dah ni. Tengah tunggu papa amek kete.
Yang berdua ni geram betul dengan fountain kat bahagian entrance.
Puas mama larang jangan dekat sangat..risau kalau jatuh tergelincir dalam kolam.
" Woww air ni boleh tukar warna lah, mama.
Ada lampu warna-warni."
Yang si kecik dalam trolley tu dah tak
senang duduk siap tunjuk2 arah abang2 dia. 
     Dah Maghrib, so balik rumah solat dulu. Lepas tu, singgah open house jap. Mentekedarah..Hehe..
After that, gi Seremban Prima pulak. Seremban Prima ni opposite Komuter Seremban. Alhamdulillah tercapai hajat nak beli baju Ziqri...walaupun bukan harga SALE. Uwaaaaa......

Dari kiri :-
1. Mama soh Abe diri sini sebab kat belakang tu ada anak2 patung comel.
2. Tengoklah gaya dia berdua ni - memang sukar dikawal kalau dah keluar.
Penat mama terjerit-jerit.
3. Membelek2 walker sebab semua comel2.
Nak mama belikan ke?
4. Deretan baju kanak2 yang 'menyamankan' mata yang memandang
(Dun know the suitable word).
Selesai beli sebeg.
 Taraaaaaaaaa....
Atas - sepasang baju daytime.
Bawah - 3 pasang baju tidur.
Kat Seremban ni brand yang best setakat Anakku.
Lainlah KL..banyak brand yang best & bila sale murah gegila.
Takpelah..syukur dengan apa yang ada.
SELAMAT MALAM, SEMUA :)