Wednesday, October 1, 2014

Comments awaiting moderation.

    Aku ucapkan terima kasih banyak pada semua yang tak jemu-jemu blogwalking kat sini. Aku pun akan terjah balik blog korang tau tapi secara pukal sebab memang tak sempat nak buka banyak blog dalam 1 hari. Kat tempat kerja memang aku tak sempat even nak jeling kat phone pun. Kalau sempat tu maybe ada reason tertentu macam aku sedang pm off ke, or ada sedikit free time masa lunch break. Selalu kitorang sempat makan & solat je. Nak bersantai-santai tu jangan haraplah. Tengok lah kalau ada hari yang bernasib baik.
     Semua yang blogwalking sini memang aku save blog dia kat Notes. Walaupun lambat aku tetap akan muncul di blog korang tau. Don't worry, k.
     Ni masa 28/9/2014 baru ni. Terperanjat aku tengok sat ja dah ada 52 comments. Bagi blogger yang tak fofular cam aku, jumlah tu dah kira 1 pencapaian yang besar. Thanks to all that continously support me:)

Makcik merempit.

30/9/2014.
7.00pm :

     Baru sampai rumah lepas merayap sorang-sorang kat Terminal 1. Hajat awal nak beli kasut sebab stok semua dah lama-lama. Lama gila dah x soping kasut. Ermmm...tapi, biasalah.. dek kerana bila jalan sorang2 tu meaning 'Kebebasan tanpa sempadan', jadi tersoping lah benda lain jugak. Kalau bawak anak jarang dapat 'nikmat' macam ni. Hahaha...Aku perasan yang aku mula menjaga penampilan ni bila umo dah 3-series ni.
     Dulu kat KK lama adalah sorang senior aku asik berfashion je ke klinik - kasut dia banyak, handbag pun sama, baju toksah kate lah. Dalam hati aku cakap, "Nasib baik aku ni tak berapa pandai nak bergaya, kalau tak mestilah duit aku cepat habis sebab dok beli macam-macam." Senior aku tu takpe lah..anak dia sorang je. Aku 3 orang :) Ermmm..tapi sekarang aku memang dah transform macam dia.

8.30pm :
    Asben aku sampai dari Johor. Siang tadi dia pi meeting sana naik superbike je. Kebetulan tiba-tiba ayah mintak aku cuti gambar urgent. So apalagi.. "Bang, jom pegi kedai gambar kat town naik motor abang je lah." Asben aku nyer penat tak hilang lagi. Tapi, terpaksa gak gi sekarang sebab kedai sini bukan cam KL, awal lagi dah tutup.
Selfie depan kedai gambar..
Gediksss...
Belakang tu KFC 24Hr. 
   
10.00pm :
Balik dari merempit.
(Lama tunggu kat kedai)
    Asben aku ni. Macam nak terbang aku rase. Terpaksa peluk kuat-kuat macam dah tertonggek pulak. Helmet full-faced pulak 1 je. Aku pakai helmet biasa. So, helmet tu pun macam nak terbang je. Padahal dia bawak 77-80km/j je. Tapi, maybe sebab lalu jalan biasa. Erghhh..
Depan cermin :
Saja nak tunjuk pakaian yang aku beli kat Nile bari ni.
Refer sini ~ Dah sampai - Nile.com.my
Shawl RM5.90
Sweater RM26.90
Long pants RM16.00