Showing posts with label patient. Show all posts
Showing posts with label patient. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

Bukan hospital.

     Jumaat lepas pihak imaging, HTJS kol klinik aku sebab hantar patient untuk scan tanpa bagi borang. Dah kenapa pulak jadi gitu gamaknye? Lepas tu mulalah cari siapa doktor yang bertanggungjawab. Sebab nak kene menjawab. Bila aku dengar ni..macam aku je orangnye. Sebab aku ada kol sorang makcik ni supaya datang klinik untuk sain consent CT Brain tanda persetujuan melakukan scan kepala ( consent = keizinan pesakit untuk melakukan prosedur). Sekali dengan kene fill-up borang radiography (yang sama macam borang X-Ray tu) & juga 'allergy form'. Borang radiography kene isi in details,  tak sama macam masa isi untuk buat X-Ray. Kalau ketiga-tiga ni tak complete, haruslah direject oleh Radiologist.
     Berbalik pada makcik tadi, aku suspect dia ada Cerebellar disease. Lepas bincang dengan FMS, kene proceed dengan CT Brain. So, aku dah kol mintak makcik tu datang klinik sebelum aku boleh proceed untuk dapatkan appointment date dari HTJS. Tapi, makcik tu ulangkali tanye.... At last, dia kata ok - aku hesitate jugak dia faham ke tak ye?

Perbualan phone:
Makcik Z: Nak pergi bahagian mana? Yang dekat dengan lif tu ke?
Aku: Bukan, makcik. Ni klinik. Takde lif. Makcik datang klinik ye & pergi bahagian X-Ray.

Ermmm..

Thursday, October 23, 2014

Endorse MC #2.

Dulu aku pernah up entri berkaitan tajuk ni kat SINI ~ Endorse MC.
     Baru ni..on same day, adalah 2 kejadian berkaitan...happened to be seen by 2 of my colleagues. Nasib dua2 mood baik. Kalau tak, dah makan kasut dorang ni. Ahaksss sukahati aku je:)

1. Sorang nyonya ni - pensyarah linkungan umo 50-an. Ada masalah katarak - operation done @ 1 of Pvt Hospital in KL. 1 MC sheet tu dapat cuti 1 week duration je. Another sheet, cuti 1 month. Ape ke lama sangat? Dah macam cuti bersalin pulak, kan? Macam biasa datang nak endorse MC tapi takde surat dari Pvt Hospital tu regarding diagnosis penyakit dia. Haruslah kene reject kan? This is medicolegal okey..bukan medical check-up (hehe..ni namanya melawak x kene tempat:) We all assume dia x faham, so we all pun terangkan. Tapi, dia insist soh sain juga. Cara dia cakap macam kaki gaduh tu. Memang boleh2 nak soh kawan aku dengar cakap dia juga. Well, bagi dia benda ni kecik. But, to us..silap haribulan 'ke dalam'. Dalam mana? Dalam court, hokey.

2. Kes jaga anak sakit - dia ambik MC Pvt lepas tu soh Dr Govt endorse. Memang tak laaahhh..haha.

Take home message :
* Harap maaf, kami hanya menjalankan tugas hakiki kami. Rasuah tidak diterima di sini (Hehe..manede siapa rasuah pun. Cuma 'nasi tambah' je ni:)
* Our job is full of risk, so we have to protect ourselves.
* We are not your maid, so please don't order this & that out of the limit.

Amacam, garang tak Dr. Shikin?

Wednesday, October 15, 2014

Waktu operasi klinik kesihatan di Malaysia.

4.45pm:
Semasa sedang merawat seorang pesakit perempuan berumur 84 tahun.

Anak pesakit: Klinik ni tak buka 24 hours ke, doktor?
Aku: (Dengan senyuman manis. Manis ke?? Perasan sendiri..) Tak, pakcik. Kita buka office hour je. Jap lagi pukul 5 dah nak tutup dah.

Penjelasan:
- Waktu operasi klinik kesihatan ni tak sama. KK kami ni dekat je dengan hospital, so tiada doktor atau staff yang diminta bertugas after office hour.
- Bagi klinik yang jauh dari hospital, mereka akan ada oncall team (passive call) yang bertugas. Cth:-
1. KK Palong 4,5&6 di Daerah Jempol.
2. KK Rantau Panjang di Daerah Port Dickson.

Related topic:
Death-in-line (DIL).

Thursday, August 21, 2014

Budak sekolah tipu MC.

     Semalam ada seorang cikgu call klinik untuk bercakap ngan kawan aku, Dr. L. She wants to confirm betul ke Dr. L bagi sampai 7 hari MC kat student dia yang dilakukan prosedur T+S (jahit) kat tangan. Dr. L kata kat aku, " Memang tak lah. Mane pernah dia bagi MC lama-lama macam tu. "
     Petang tu, cikgu tu datang dengan student tu skali untuk kepastian. Bila kitorang tengok surat cuti sekolah student tu, memang ada kesan pembetulan sana-sini. Memang nampak sangat telah di'adjust'. Sampai comot pulak tu. Dari cuti 1 hari dah jadi 7 hari. Tuliskan pun lain. Warna pen tak sama. Memang kene tindakan disiplin le gamaknye ye..Lain kali jangan cuba nak tipu cikgu or doktor lagi, ok.
" Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. "

Saturday, August 16, 2014

Ikan pun hidap kencing manis.

~ Autopublish entry ~
Dr. L: Pakcik, blood sugar pakcik tinggi ni.
Pakcik ada makan ubat tak?
Pakcik: Metformin tu saya bagi ikan dalam akuarium saya makan.

* Ini adalah 1 cara to offend the doctors.
Tapi, at the end siapa yang rugi?
* Orang lain ada yang tak cukup bekalan ubat, tapi ada pula yang baik hati bersedekah kat ikan.
Add caption
I wonder whether the fish get 'hypos' (hypoglycemia - kurang gula dalam darah)..
Ubat kencing manis - Metformin. 

Patient angkat kaki kat aku.

Aku: Sila duduk. Pakcik sakit apa?
Pakcik: Saya sakit kaki. Doktor tengok ni.

Mase tu dia dah pusingkan badan & angkat kaki letak atas kerusi yang aku duduk hinggakan terpijak sikit baju aku.

Aku: Amboii! Pakcik janganlah pijak kat kerusi saya ni.
Spontan terkeluar ayat tu.

Pakcik: Pakcik nak tunjuk keadaan kaki pakcik ni. Doktor rasa apa masalah pakcik?
Aku: Ermmmm... 
Masih terkujat (betul ke ayat aku).
Sebab ni first time patient hangkat kaki sampai cenggitu skali.
Nak gelak pun hado.

Thursday, August 14, 2014

Single parent.

~ Autopublish entry ~
     Dalam minggu ni ada 2 patient perempuan confess kat aku mereka ibu tunggal. Yang A aku slalu jumpa. Yang B, aku jumpa kali ke-2 tapi untuk masalah yang sama (masih dalam rawatan).
     Lady A sangat baik, lemah-lembut serta berbudi bahasa. Lady B pun baik, tetapi lebih tegas dan berpenampilan korporat. The similarity is dorang ni sangat details in asking questions & frequently clarifying each of their question. However, dorang tak lah nampak anxious. If compare dengan patients lain yang mengalami masalah yang sama tidaklah memakan masa yang terlalu lama.
     At the end of our conversation they admit that they need to ask in details because they are worry if anything happened to them, then who's going to look after their children.
      Kesian kan ibu tunggal. Walaupun aku bukan ibu tunggal, tapi aku dah rasa sikit2 biasannye. And aku juga pernah terfikir sama macam dorang.

Saturday, August 9, 2014

Hyperthyroidism ~ jangan lupa rawatan.

     Dalam minggu ni, aku rawat 2 guys umur dalam 25-33 gitew untuk hyperthyroidism. Dua patients ni kira 'defaulter' ( istilah untuk patients yang tak ikut date appointment or treatment sepatutnye). Memang kene 'belasah' cukup-cukup budak berdua ni. " Kenapa dah lama tak datang appointment? Kenapa tak makan ubat? Dah teruk macam ni baru nak datang jumpa doktor! " U olzzz... Kalau tak ikut appointment benda simple macam nak review blood results untuk CVD Screening takpe lah jugak. Ni belum bab blame doctor for ineffective treatment lagi. Dah kalau tak follow advise doctor macamane cerita tu? Haaa...terkulat-kulat nak jawab soklan aku. Saje 'torture'  sikit. Biar dia 'jeran' (serik).

Exopthalmos.
Kalau biasa, mata putih takde lah 'exposed' sangat kan..
     Ni datang time mata dah terjojol (exopthalmos), jantung dah laju macam nak tercabut (tachy, palpitations), tangan dah macam parkinson (tremor), badan dah kerepeng (LOW). Dorang sendiri yang cakap macam ni..sampai kawan2 thought they are drug addicts. Sampai dorang tak boleh perform at work (badan cepat letih)..kene marah dengan bos because boss thought they are giving excuses. Haa..nampak tak social impact tu? Doktor dah nampak benda tu dari awal & nak elakkan. Tapi, tulah.. takmo dengar kata. Nak kata budak pun..dah jadi bapak budak. Tu yang kene lecture habis 2 orang ni. Bagi pencerahan sikit.
* Nasib korang lah jumpa doktor kuat membebel.

     " Awak tau tak thyroid hormone yang tinggi tak terkawal ni boleh sebabkan sakit jantung & strok juga?" Haa..bagi depa lebih takut. Hehehe.. Tapi, memang betul ye.

Buku MC hilang.

~ Autopublish entry ~
     U olzzz tau tak kalau MC book hilang dah kategori kes polis? Mane-mane tempat aku keje mesti ada jadi kes hilang ni. Slalunya akibat dek kecuaian. Kalau jual sekeping dah berapa boleh dapat? 1 buku tu ada 50 keping u olzzz. Pakcik kayo!! Cop boleh buat..memang takde hal. Depa boleh tengok je bekas yang dah cop kat bahagian Copy.
     Latest, hilang 2 hari sebelum cuti raya.
Mase tu, 1 buku tu aku share dengan Dr. Liyana. Kebetulan lunch time kitorang sama-sama balik umah. (Slalu aku tak balik pun sebab malas nak rushing.) Buku tu terbiar atas meja. Balik petang dah hilang. Tak mungkin staff curi sebab kak B, akak yang jaga kaunter memang bertugas lunch time. Dari kaunter memang jelas nampak sape yang masuk sana. In fact, aku pun slalu lepak kat bilik waktu camni tapi memang tak penah ada nurse or MA masuk dalam.
     Menjadi 1 pekerjaan pulak. So, pergilah aku mereport kat nearby Police Station. And disebabkan ada 1 suspek yang pernah ada rekod jenayah, kena pulak pi Unit Jenayah kat Police Station kat S2 (lebih besar...). Tak tangkap pun. BTW, rase selamat sebab apa-apa jadi kemudian hari ada bukti aku dah wat report.

Thursday, July 24, 2014

Murid bernafas laju/kencang.

~ Autopublish entry ~
Petang last week sorang cikgu ni datang bawak sorang murid yang tengah mencungap-cungap jumpa aku. Cikgu tu taktau what actually happened. Guru subject die yang panggil cikgu ni sebab die merupakan pakcik budak ni.

Aku: Adik, pernah tak jadi macam ni sebelum ni?
Adik tu geleng-geleng.
Aku: Adik ada apa2 penyakit ke sebelum ni? Die just silent. Cikgu tau ke apa-apa masalah budak ni before?
Pakcik: Saya tak pasti.
Aku: Mak ayah die mane?
Pakcik: Parents dia bisu.
Aku: Adik ade takut ape-ape ke? Kawan buli ke? Cikgu garang ke?
Die geleng kepala lagi.
Aku: Cikgu,  saya check die takde masalah. Die ni hyperventilating ni.
Aku pegang tangan budak tu & pimpin dia ke bilik rawatan.

Kat treatment room:
Aku: Cikgu, ambil paper beg ni & tekup kat hidung dan mulut die. Adik nafas dalam beg kertas ni ye. Sekejap lagi saya datang balik.
Breathing in paper bag.
After about 5-10min:
Aku: Adik dah ok, kan? [Dah tak mencungap-cungap lagi. Nafas dah stable]. Boleh cerita kat doktor.. Adik ade masalah ape?
Murid: Kerja skolah suuusah.
Aku: (Alolo..aku dah agak dah ada something wrong at school.)
Penerangan ringkas klik SINI.

Monday, July 21, 2014

Intestinal obstruction (IO).

~ Autopublish entry ~

 Intestine = bowel/ usus.
(Ada small intestine & ada large intestine.)
IO means usus tersumbat.
-          Setakat 1 bulan ni.. Dah 3 orang kanak-kanak aku diagnose dengan IO
- Baby 3 bulan.
- Budak lelaki 7 tahun
- Budak perempuan 11 tahun
Semuanya datang dengan masalah muntah non-stop
plus NBO [refer SINI
plus distended abdomen (perut kembung).
PR xm – empty rectum.

Sumbatan pada mana-mana bahagian usus ini akan sebabkan ia membengkak (dilated)
Ini boleh dilihat melalui Xray.
Nampak tak warna hitam yang panjaaaang tu?
Itulah gambar usus yang tersumbat (obstructed).
Warna hitam terhasil daripada gas yang 'trapped' inside bowel tu.
Another picture of IO.
Aku try dah Google pic AXR yang normal - tapi, xjumpa pulak.
Sowi ye.
But then, what you have to know is ..in normal Abdominal X-Rays ..
just ada sikiiit je gas dalam perut (gaster).

Friday, July 18, 2014

Should I start insulin? #1


Guideline -
Making choices :Should I start insulin?

U olzzz, agree or not that starting insulin treatment untuk pesakit kencing manis is NOT EASY.
Sebab ape ea? Maybe sebab RAMAI SANGAT 'DOKTOR' KAT RUMAH yang lebih dipercayai daripada Doctors who hold DEGREE IN MEDICAL.
Berikut adalah antara kemusykilan yang mungkin timbul ..

CONTENT 1: What are your concerns ?

1. I am afraid of injections & pain.
-The new insulin pen causes little pain.

2. I am afraid of my sugar getting too low (hypoglycaemia).
-'hypos' can be avoided with regular meals.

3. I am afraid of gaining weight.
-You may control your weight by proper diet & exercise.

4. I don't know much about insulin.
-This guide will explain to you about insulin.

5. I am not confident in handling insulin on my own.
-This guide & your doctor/nurse will teach you how to handle insulin.

6. I am afraid of being addicted to insulin.
-Insulin is not addictive.

7. Insulin may damage my kidneys.
-This is a misconception.
-High blood sugar level damage the kidneys, not insulin.

8. Starting insulin means that my diabetes is very serious.
-Insulin is started to control your diabetes & prevent it from getting serious.

9. I am confused. Different people tell me different things.
-This guide provides information to clear your doubts.

10.I don't think my diabetes is that serious to need insulin.
-You need insulin because your diabetes is not well-controlled despite taking tablets.

11. I am worried that insulin treatment is too expensive.
-The cost of insulin treatment varies. Your doctor will advise you accordingly.

12. I am worried that insulin is not halal.
-All insulin in Malaysia is halal.

13. Will I feel better with insulin?
-Yes, your diabetes symptoms will improve.

# Semoga sedikit kemusykilan telah terjawab :)

Thursday, July 17, 2014

Daftar OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

~ Autopublish entry ~
Bagi yang nak daftar anak2 or adik-beradik sebagai OKU :
First of all, please make sure mereka ni layak. Jangan simply mintak kerana peruntukan ni hanya untuk yang layak sahaja. Bagi yang Muslim, tau kan...haram jika makan yang bukan hak anda?

Then, boleh dapatkan borang dari Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM).
Ini 1st page - overall ada 6 pages.

page 2

page 3
Doktor kene fill-up bahagian :
- Diagnosis.
-Types of disabilitiy/ impairment.
Ade certain patient diminta untuk take memo from doctor first.
* Aku taktau apa bezanya permohonan kowrang. Cube tanye JKM sendiri ea.
Bila sampai kat doktor, kitorang akan examine dulu.
-Kalau tak layak kitorang tak isi ye.
-Sometimes kitorang isi je bilamana ramai patient yang insist.
 (Sebab kitorang taknak bazir banyak masa kat situ.)
Diagnosis kitorg tak tipu.. Takde kesian2 nye sebab ramai lagi yang memerlukan bantuan tu.
Tapi, kitorang harap pihak JKM yang akan tapis bila borang tu dihantar semula kepada dorang.
* Berbeza dengan kes 'Slow Learner' (LINUS Programme) -
OKU form tu tak akan diserahkan pada hari pertama kanak-kanak ni dibawa berjumpa doktor.
Mereka mestilah melalui beberapa kali follow-up dulu untuk memastikan betul2 masalah yang dorang hadapi. Bukan mudah ye nak label seseorang kanak-kanak tu Autism or Dyslexia, dsb.

Wednesday, July 16, 2014

Warning signs for dengue fever #3.

Warning signs !!
Refer tajuk [INI] juga .
 
Abdominal pain or tenderness
Persistent vomiting
Clinical fluid accumulations – pleural effusion/ ascites
Mucosal bleed
Restlessness/ lethargy
Tender enlarged liver
Narrow pulse pressure (20mmHg or LESS)
Laboratory : increase in HCT concurrent with rapid decrease in platelet
 
***
Tender – means bila tekan perut tu …. U olzzz rasa bertambah sakit
Pleural effusion – paru-paru berair (dalam pleural space)
Ascites – air masuk dalam perut (kat peritoneal cavity)
Lethargy – Nampak letih sangat 
Pulse pressure - Bacaan tekanan darah atas tolak yang bawah
HCT - haematocrit

Dengue fever - When to refer for admission? #2

~ Autopublish entry ~

DF (dengue fever) ni terjadi dalam 3 fasa tau :
  1. Febrile phase
  2. Critical phase
  3. Recovery phase - Rujuk [SINI]
Bila doctor nak kene refer patient masuk wad?

Bace kriteria masuk wad ikut bawah ni ea ..

1.       Symptoms :
Warning signs
Bleeding manifestations (pendarahan)
Inability to tolerate oral fluids
Reduced urine output
Seizure (sawan)

2.       Signs :
Dehydration
Shock
Bleeding
Any organ failure (kegagalan organ)

3.       Special situations :
Patient with co-morbidity
(kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, renal failure, chronic liver disease)
Elderly
Pregnancy
Social factors that limit follow-up
Tinggal jauh dari klinik/hospital, tinggal bersendirian)

4.       Lab :
Rising HCT diikuti penurunan platelet

***
Dehydration tu ada cara nak assess – samada mild, moderate atau severe dehydration.
Shock – Nadi terlalu laju , diikuti low blood pressure.
HCT – haematocrit (slalu yang doctor asik sebut darah pekat tu..die maksudkan HCT lah)
Kita tak tengok platelet je tau – kene tengok HCT &  WBC (sel darah putih) skali.

Skarang dah tau kan. Bukan semua kes yang suspect DF kene masuk wad ea.

Saturday, July 12, 2014

Omega-3

If u olzzz wanna make comparison…
Among anchovy, mackerel, tuna & salmon...
Salmon fish is the best source of Omega-3
Good effect yang diperoleh daripada pengambilan Omega-3 :
·         Memperbaiki paras kolesterol (¯TG, ­HDL)
·         Blood thinning
·         Modest effect on high blood pressure
·         Anti-inflammatory
·         Help build bone & cartilage
·         High DHE & EPA (good for pregnant mother)
·         Aids in transmission of nerve impulses
·         Support memory function
**   **   **   **   **   **   **   **   **   **   **   **
Penjelasan :
1.
TG = triglyceride
HDL = high-density lipoprotein
Doctors selalu sebut HDL sebagai kolesterol baik, manakala LDL sebagai kolesterol tak baik.
Target kita – tinggi HDL, rendah LDL.
Semakin tinggi LDL -> semakin tinggi risiko untuk kita mendapat sakit jantung.
 2.
Ubat cair darah yang biasa diberi di KK adalah Aspirin .
1 biji aspirin = 300mg
Biasanya kene belah empat ->75mg
Tapi kalau risiko sakit jantung lebih tinggi ->150mg
Semasa serangan jantung ->300mg stat (crushed/ dihancurkan).
Ubat cair darah penting sebab kita nak elakkan thrombus (darah membeku di dinding salur darah.
-          Kehadiran thrombus akan menyempitkan salur darah menyebabkan kurang perfusi ke jantung (sel jantung tak dapat oksigen yang cukup), lalu ada bahagian jantung yang necrosis (sel mati) -> ‘HEART ATTACK’ (@ Myocardial Infarction).
- Kalau thrombus ni dislodge (tercabut) , ia dipanggil embolus.
  Jika embolus ke salur darah otak -> Stroke (@ CVA)
3. Inflammation/ Inflamasi akan diterangkan dalam tajuk yang lain.
    (Inshaallah..)
4. Akan improve pesakit sawan (@ Epilepsy)
-Sorang doctor yang sangat pakar (saya pergi lecture Amway mase tu) telah memantau pemberian Salmon Omega-3 brand Nutrilite (produk Amway - klik SINI) kepada seorang budak yang menghidap epilepsy.
Result – serangan sawan budak tu berkurangan secara drastic.
(from about 10 attacks per hours to less than 10 attacks  per day)
P/S – Semua info ini adalah dari pengalaman sepanjang 7 tahun saya bekerja.
Sebarang kemusykilan boleh tanya ye. TQ.

Friday, July 11, 2014

Severe NNJ.

U olzz biasa dengar kan baby kena ‘kuning’ ?
Condition ni kita sebut sebagai ‘neonatal jaundice ’ (NNJ).
(Refer tajuk INI jugak)
Ape beza?
Neonate – newborn hingga 1 bulan.
Infant – 1 bulan hingga 1 tahun.
Toddler – 1 tahun hingga 4 tahun.

Lepas bayi lahir , pihak hospital akan memberi 1 surat berwarna pink (notifikasi kelahiran) yang mana suami/ ahli keluarga terdekat perlu sampaikan kepada klinik terdekat dengan rumah.
Notifikasi ini penting untuk Jururawat Masyarakat (JM) kerana susulan dari itu mereka akan membuat lawatan rumah (LR) untuk check ibu & anak.
 Most husband/ family members hantar notifikasi ni lambat.
(I think kalau u olzzz x dapat sangat nak hantar awal..
at least call klinik terdekat supaya mereka aware yang ibu dah selamat bersalin)
Kalau takde masalah takpe..
Tapi, kalau u olzzz nak tau …banyak kematian ibu & anak dalam tempoh 44 hari berpantang ni  berpunca kerana penyakit tu lambat dikesan.
Cth : NNJ.
Jadi, perlu ada kerjasama orang ramai dengan pihak kesihatan. 
JM tu bukan nak kacau u olzzz..malahan mereka nak tolong.
Nampak macam simple je – just LR – tapi, bila dah jadi kematian, jenuh mereka nak menjawab dalam meeting tau walaupun bukan berpunca dari mereka.
Meeting dengan FMS, Dr. Norasiah.
At PKD (4/7/14, 8.30am)
 Berbalik pada NNJ  …...
Kalau u olzzz Google, memang banyak sangat penyebab NNJ ni..
Bukan semua baby yang jaundice ada penyakit.
In fact, lebih 60% bayi yang normal akan jaundice.
Selalunya physiological jaundice lah …

 Macamane dengan Severe NNJ pulak?
Dalam mesyuarat peringkat Daerah …..toooottt
(Setakat meeting dalam 3 daerah yang aku pernah attend)….
Most of the Severe NNJ are caused by underfeeding – we called this as ‘ Breastfeeding Jaundice ’.
(Breast Milk Jaundice lain pulak tau.)
Apa yang penting, susukan anak secukupnya.
Ideally, secara breastfeeding.
Tapi, kalau dah terdesak tu … top-up lah dengan formula milk.
Tapi, pandai2lah ..jangan sampai ‘nipple confusion’.
Sementara tu boleh EBM (Express breast milk /pam susu)
Apa yang saya cuba tekankan ialah .. Hydration !
(Cukup air dalam badan baby).
Tapi, jangan bagi air kosong pulak ye – sebab tak membantu pun.
 Sekian.

## Semua entri pepagi buta (8.30am) adalah autopublish.
     Tak sompek ..

Wednesday, July 9, 2014

Kajian Pengetahuan HIV / AIDS.

Petang Jumaat, 4/7/14 aku attend meeting ni–
Kajian Pengetahuan HIV/ AIDS di kalangan remaja 16 – 20 tahun di sekolah-sekolah di Daerah …….tooootttt..
(Saje censored sebab benda-benda kecik macam ni pun karang jadi issue)

But then … tujuan aku up entri ialah sebab aku nak share topic ni dengan u guys jugak sebab aku tau masih banyak kekompiusan yang berlegar-legar dalam minda u olzzz regarding HIV/ AIDS ni. Right?

 First of all, u olzzz mesti tau difference between HIV & AIDS.

HIV – Adalah nama sejenis RNA virus yang menyebabkan tahap ketahanan badan terhadap penyakit menurun.
Image Google. 
AIDS – Adalah apabila seseorang yang dah dijangkiti HIV mendapat opportunistic diseases [klik SINI]
( Ni adalah ringkasan sahaja ..bukan formal definition pun..just nak bagi brief idea kat u olzz.)

Cara jangkitan :
  • Melalui darah – Awas kalau ada luka kat kulit ye.
  • Melalui sexual – homosex & heterosexual.
  •     (sebab ia merebak melalui air mani & cecair faraj)
  • Sharing needles di kalangan IVDU.
  • Mother to child transmission.
 Jangkitan HIV tak berlaku melalui :
  • Sentuhan
  • Berkongsi makanan & peralatan seperti pinggan-mangkuk.
  • Berkongsi bilik
  • Gigitan nyamuk
*****          *****          *****          *****          *****
Penjelasan :

1.
Kat Malaysia ni, kalau dulu-dulu….
Cara sebaran melalui sharing needles adalah sangat tinggi compared to sexual transmission.
Tapi, sekarang dah terbalik ye … sexual transmission is more than secara sharing needles.
Pendapat aku mungkin sebab ‘ woman sex worker’ & MSM dah makin berleluasa .
And, when u have multiple sexual partners..lagi tinggilah risiko jangkitan HIV terhadap u.
** Sekarang dah tak guna istilah ‘prostitutes’ ye u olzzz (dah upgrade ..pffft)

 2.
Penggunaan condom boleh kurangkan risiko jangkitan.
Eventhough patient dah on OCP or IUCD, still kene guna condom.

3.
Around year 2009, kerajaan dah introduce program NSEP di kalangan IVDU.
Program ni bukan nak galakkan orang menagih dadah, tapi 1 method untuk kurangkan jangkitan HIV di kalangan IVDU.

 4.
Jangkitan ibu kepada anak boleh berlaku melalui 3 cara:
  • Semasa mengandung.
  • Semasa melahirkan.
  • Melalui pemberian susu ibu.
 5.
Orang yang dijangkiti HIV boleh kelihatan sihat.
-          Sebab masa tu virus masih dalam tempoh pengeraman (incubation period) & antibody (CD4) masih di paras normal. Sebarang ujian terhadap HIV yang dibuat pada masa ini selalunya akan menunjukkan keputusan FALSE NEGATIVE. So, kene repeat semula dalam tempoh 6 minggu – 3 bulan bermula dari exposure (pendedahan).

6.
AIDS adalah peringkat akhir jangkitan HIV.

** MSM - m.an having sex with man
     IVDU - intravenous drug user (suntikan)
     NSEP - needle syringe exchange programme

Related topic:  Stigma.

Harap membantu.

Antioxidant & Free Radical #1

Do you all knows most diseases yang kita hidap hari ni are actually related dengan Free Radical?
Jangan ambil ringan ye.
 
 
Antioksidan
Definisi : Bahan yang menentang karat besi & segala proses yang melibatkan pengoksidaan.
   Terdiri daripada :
·         Vitamin
·         Trace mineral
·         Sebatian tumbuhan
·         Juga dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh manusia.
 
 
Radikal bebas
 Definisi : Molekul tidak stabil bercas negative.
 Terbentuk daripada tindak balas oksigen dengan molekul tersebut.
Juga dikenali sebagai ‘ zarah oksidan ‘.
**************

Apa yang akan terjadi ?
 
 Akan menyebabkan rantaian tindak balas kimia dalam sel-sel yang tidak seimbang ,
 yang akhirnya akan merosakkan sel-sel.
Then, ia ‘mengganas’ dalam sel.
At last, ia akan merosakkan bahan genetic & DNA, molekul lemak & protein.

         Kesan :
  • Kesan penuaan pada kulit
  • Penyakit degenerative yang kronik
  • Kanser
Dari mana datangnye Radikal Bebas ni?
will be continue in next entry >>>>

  
Pernah dengar tak joke ni?
We may want everything that are free on earth,
But
We may not want free radicals .”
Hindari Kanser Dengan Antioksidan
 Sumber : Buku Hindari Kanser Dengan Antioksidan.
(selepas diolah olehku..)
To be continue …..

Saturday, July 5, 2014

Buli patient ke?



Ni bukan tangan aku ea..
Tangan patient aku...
Asik bace topic yang serius je..
Sajelah nak melawak pulak..

Haaa ..ape takde keje ke aku sampai nak hamek gambar tangan patient ??
Patient ni 'sporting' je ..tak kesah pun aku hamek gambar die..
Hehe..
Amek kesempatan sungguh..
Actually nye..kejadian ni bulan lepas ..
And ni last patient aku ..
Aku suke tengok jahitan hujung baju die. So, aku mintak izin amek gambar nak tunjuk kat tukang jait kunun.
Padahal lepas tu...banyak je aku jumpe pattern baju cenggitu.

Hoho..
sungguh memalukan ..wink..wink..