Tuesday, April 5, 2016

Gazebo cantik.

AEON S2, 3/4/16.

Semalam ada gotong-royong 'Perdana' kat klinik. Dari 8pg - 12t/hari (boleh claim hours - tu yg paling penting). Tapi aku balik pukul 1ptg sebab aku continue mengecat (bahagian touch-up dengan brush je pun. Tapi tetap berpeluh). Balik umah terus fengsan :D

So, as promised Ahad keluar beli story books untuk Abe (Beli skali utk Ajik & Yiyi. Nanti nanges pulak). Buku ni nak sumbangkan kat library skolah (Cikgu kate at least sorang sumbang 1 buku).

Keluar dari Popular Bookstore (first Floor),  nampak pameran perabot kayu kat tengah-tengah ruang legar. All the furnitures memang so charming. Geram. Paling tertawan tengok gazebo ni. Tapi, verangan je lah. Aku dok umah teres bukan vanglo  banglo. Meh lah jamu mata kot sesape nak DIY boleh ambil ilham :D



1 comment:

  1. Berkenannya tengok! Letak kat laman rumah best ni! Tapi kalau kat rumah akak, buat tempat monyet2 melepak je nanti huhuhuh

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~