Monday, December 29, 2014

Petrol bercampur air ~ Ada kaitan banjir? #Part1

4pm
Saturday, 27/12/2014.
Johor.

     Kami semua dah siap nak pi jalan-jalan kat JB. So, pi singgah isi minyak Primax 95 kat Petronas sebanyak RM50. After that teruskan perjalanan. Malangnya dalam 1km drive (asben yang drive) kereta aku (automatic) tiba-tiba macam tak masuk gear. Lampu engine blinking. RPM tak naik. Dalam beberapa minit masih boleh jalan walaupun tekan minyak tapi kereta tak meluncur laju macam biasa. So, husband pun berenti kat bahu jalan & stop engine. Dia try restart engine tapi tak boleh.
    Adik ipar & ayah (kereta lain) cari mechanic. Alhamdulillah selang tak sampai 30min mechanic sampai. Masa tu, kami semua dah dihantar balik rumah, tinggal asben, ayah & adik ipar uruskan hal kereta. Sekejap je mechanic check - dia sahkan ada air dalam tangki minyak. Dia sedut air keluar & bila restart kereta engine hidup semula. So, drive slow-slow pi workshop.
     Kat workshop, mechanic sedut semua minyak dalam tank kereta aku - found out banyak gila air. So, aku memang buat conclusion yang masalah tu arise dari petrol pump tadi. Aku mintak depa jumpa Manager Petronas to see what happened sebab aku nak mintak GANTIRUGI. I don't care! - kete aku rosak camne aku nak balik Seremban & who supposed to pay for the damage?
     At first Manager Petronas tu taknak accept masalah tu berpunca dari petrol dorang! Katenye kenapa kete aku sorang kene? Hoh, habis tu sebelum tu kete aku elok je jalan kan. Apsal tetiba lepas isi kat petrol pump dorang engine kete aku terus jem buat julung-julung kalinya & confirm ada banyak air dalam tank!! Kereta tu aku baru beli pakai setahun. Servis pun ikut jadual. Manager tu datang check guna 'tester' dia - confirm ada air. Dia mintak kitorang buat complain guna report dari mechanic.
Adik ipar aku isi pam lain.
Dah nasib aku tak baik.
Orang lain tak kena kira nasib, betul tak?
Mana boleh dia questions kitorang cenggitu kan?
Asben aku ada ambik gambar all the steps taken during repair by the mechanic. Penting sebagai prove.
Dan lagi yang penting ....
- Resit isi minyak.
- Botol air bercampur minyak (spt dlm gambar).
- Surat report dari mechanic.
- Resit pembayaran pembaikan kereta.
      Kereta tu asben tinggalkan tido semalaman kat workshop sebab masih tak ok.
     *************************************
11am
Sunday, 28/12/2014.

    Masa aku & asben (siap angkut anak-anak) pi workshop tu, memang mechanic masih dok repair kereta aku. Katenye 'semput' lagi. Lama gak kitorang tunggu. Nampak depa test drive then balik sambung repair. Lepas tu dia bawak asben aku pi ikut test drive skali untuk tengok keadaan kete aku tak ok sepenuhnya lagi - still need repair. Bezanya dah boleh start & drive. Kata mechanic - drive antara 60-120km/jam je & kalau tak masuk gear samada stop or jangan tekan minyak sekejap then baru tekan balik (korang fenin ke baca? Kalau nak tau, aku yang nak drive ni lagi fenin. Sobsss..).
Report done by toke workshop.
Ramah betul En. Danny ni.
He is a Chinese man, wife orang Seremban,
Dia & family ada 3 kedai servis kereta kat Seremban
(1 tu aku tau - nearby NAZA, Rahang).
Total first repair - RM398.

* After this aku kena bawak kete pi Honda untuk further problem identification & repair.

UPDATE :
(7pm, 29/12/14)
- Baru je lepas wassap dengan En. S, pengusaha Petronas tu. Dia baik sangat. Aku tanya macamana hasil investigation ada air tak dalam tank? Jawapan dia sangat memeranjatkan aku...

47 comments:

  1. patut la ayah penah cakap kalau isi minyak kena hati2. sebab ada station minyak yang campur air dalam minyak dorang. huhuhu. perghh parah jugak ye bila kereta dah rosak sbb hal tu je. >.<

    ReplyDelete
  2. huwaaa, sampai mcm tu sekali... sekarang ni kereta da ok ka belom? petronas da byr gantirugi?

    ReplyDelete
  3. rasanya ada kaitan dengan banjir.. kalau tak macam mana boleh ada air dalam minyak tuh.. tak pasal2 kena tanggung repair keta sampai beratus2 dan merugikan masa kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm..memang penat rasa badan ni.
      Ingatkan nak pi jalan-jalan berehat,
      Tapi hajat x kesampaian.

      Delete
  4. alahai,,kesiannya kak,,start isi minyak just rm50 je,,gara2 rm50 tu jugaklah melabur jadi rm300++..tak patut betul!

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya membuat tuntutan.. tuntut jangan tak tuntut

    ReplyDelete
  6. alamak weyyyy,,kesiannya..hope things resolve fast okay..hati-hati memandu huhu..

    ReplyDelete
  7. Alamak..ini kes naya..sapa tak hangin keta baru beli..senang2 ja nk lepas tangan....tapi pelik mcm mna pam tu ja ada air.. report jgn x report doc..ni hak kita sebagai pengguna..

    ReplyDelete
  8. Hmm... Dugaan.. Tpi pengalaman... Kami x guna petronas dh lma... Mmg isi shell shj...

    ReplyDelete
  9. lorhh macam mana boleh tercampur dengan air plak petrol tu dengan air?
    petronas kena responsible la pasal ni kan.. Akak boleh fight kes ni kalau dah jadi macam ni..takkan kita plak yang nak kena tanggung kerosakan kereta kita sebab isi minyak dorang kan?

    p/s: saya pengguna setia shell aje..memang tak suke guna petronas dari dulu sebab rasa kalo guna minyak petronas memang mileage dapat kurang.. pendapat saya aje ^^

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. lega masalah selesai.. dan pertahankan masalah tu berpunca dari petrol station tu.

    ReplyDelete
  11. aduh... macam mana minyak dorang cmpor dengan air ni. takkan tak perasan. ke sis, u pernah terlupa tutup cap tangki? sbb klu orang dajal pun boleh gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kat Seremban, saya sendiri isi minyak. Kalau nak kena, mesti kat sana dah kena. Sampai Johor, memang x jalan mana-mana sampai lah petang kejadian. Saya swipe card, tapi, yang isi mamat Petronas tu. Memang saya x tengok lgsg.
      Lepas tu lah, kereta terus 'meragam'

      Delete
    2. Tapi, nak tuduh pun takde bukti.
      Ermm...

      Delete
  12. Bila dh tau slh dia baru t'diam, mummy pun baru tanye td banjir2 ni minyak ni ok ke....?

    ReplyDelete
  13. Adat la tu diorg x nk ngaku.x nk tanggungjwb senang je doc...report pengguna...bukti dh ada

    ReplyDelete
  14. so, macma mana kakak? dorang bertanggungjawab tak tu?.. stesen yang kena tanggungjawab atau hq dorang?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengurus dia, En.S tu terus turun dari KL. Dia dok KL. Cuma bisness je kat Johor. Dia memang nak ambik tanggungjawab tolong saya.
      Tapi, sepatutnya HQ yang bertanggungjawab untuk setelkan problem ni.

      Delete
  15. Perrghhhhh..ngeri baca pengalaman awak ni...
    Tang mana air tu boleh bercampur dgn petrol, saya pun musykil...nak kata banjir, kena track down delivery lorry tu ambil source dari mana...
    Terbayang jugak station2 minyak kat Kelantan nanti camane, bercampur ke tidak petrol mereka nanti?

    Pls update pasal ni ya...TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..saya pun terfikir mungkin ada masalah petrol tu semasa dari sebelum masuk lori lagi.
      But, 1 more thing saya macam terfikir samada ada unsur aniaya bila Allene persoalkan tang tutup tangki minyak keta saya. I 'm thinking of something..

      Delete
  16. Doc..
    pontian tu kat ne doc,, coz saya pun org sana,,
    klu balik pontian confirm saya tak nak ke petronas situ,,
    harap2 saya tak terkena juga,,

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah takde apa2...harap pihak terbabit bertanggungjawab la kan...kalau total cost repair murah takpe gak...

    ReplyDelete
  18. ish..camni pulak jadinya..ada kemungkinan ke?bagi diorang jalankan siasatan..
    saya pengguna petron

    ReplyDelete
  19. tetiba sy tkt laa plak lps bc cerita ni...ye laa..kite ni mn laa arif sgt bab2 gini...kn kete stop tgh2 highway??? nooooo

    ReplyDelete
  20. masuk air.. adoi jem keta.. kawasan tu kena banjir ke Dr?

    ReplyDelete
  21. Huuuhuuuu.. sabar yolah. Mujur tak jauh dari rumah lagi.

    ReplyDelete
  22. blh pulak mcm ni? cmne blh ada air ye? arap2 blh tuntut la ganti rugi tu

    ReplyDelete
  23. ishh...kenapa jadi cm tu...banjir ka sana sampai masuk air

    ReplyDelete
  24. jawapan nya apa akak.. cepat update nak tahu

    ReplyDelete
  25. bahaya klu drive sorg2,tetiba keta buat hal camtuh..petronas oh petronas

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah tak penah kena lg kt penang ni.. ada ke kaitan dgn banjir, urmm mesti dlm simpanan petronas tu byk air kan

    ReplyDelete
  27. oooit main kasar sungguh stesen tu. jangan la aniaya orang cemtu. tak baik.. kalau betol dah bercampur elok la p sedut dulu. bukan murah nak baiki tangki ooooi petronas oooi..

    ReplyDelete
  28. Apa jawapan dari En. S, pengusaha Petronas?? :)

    ReplyDelete
  29. alaaa...siannye..harap2 dapat gantiruginye... :)

    ReplyDelete
  30. yg penting kita kena berani tampil kan diri kan...

    ReplyDelete
  31. Tak pernah dengar lagi masalah macam ni. Macam mana la dalam minyak ada air? Pelik saya...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~