Wednesday, September 10, 2014

Mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah.

     Kita semua tau bahawa Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maka, ramai yang 'take for granted' kan? Apa kata, kita hayati maksud hadis di bawah.
* Maksud hadis:
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata: Sabda Rasulullah S.A.W: Orang mukmin yang kuat lebih baik & dikasihi Allah S.A.W daripada orang mukmin yang lemah. Dan pada tiap-tiap sesuatu itu mengandungi kebaikan. Hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang berfaedah kepada engkau & mintalah pertolongan kepada Allah S.W.T serta janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu bencana janganlah berkata, "Kalaulah aku berkuasa tidaklah jadi begini & begini, tetapi Allah S.W.T telah mentakdirkannya, apa-apa sahaja yang Dia kehendaki dibuatNya." Ini kerana sesungguhnya ungkapan "kalaulah" itu membuka peluang syaitan. 
Siapa mukmin yang kuat?
-> hambaNya yang kuat iman, serta beramal & bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya (secara ringkas).

Apa maksud mukmin yang kuat iman?
Mukmin yang:-
- Sentiasa menjaga imannya drpd cacat & rosak.
- Bersifat mahmudah.
- Tidak suka kepada sifat-sifat mazmumah.
- Sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran & As-Sunnah.
- Mengamalkan syariat islam tanpa ragu & jemu.
- Berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan iman & amal.
- Mengimbangi rohani & jasmani.
- Sentiasa bertaqarrub kepada Allah S.W.T dengan zikir. 

11 comments:

  1. semoga kite semua tgolong dikalangan org2 beriman ye dr.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita berada di dalam kalangan mukmin yang kuat..

    ReplyDelete
  3. Setiap hari cuba baiki diri utk jadi hamba yang dikasihi Allah.

    ReplyDelete
  4. Yup perkataan kalau mestilah dielakkan kerana syaitan sentiasa menunggu peluang. Moga kita semua tergolong dalam kalangan yg kuat iman. Ameen.

    ReplyDelete
  5. thanks sharing kak. setuju.. mukmin yg kuat lebih dikasihi ALLAH. semoga kite semua tergolong kalangan ini :)

    ReplyDelete
  6. cuba belajar menjadi lebih baik dan lebih istiqomah aminn

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~