Thursday, August 21, 2014

Ujian HIV.

Ingat lagi tak tajuk ni – Kajian Pengetahuan HIV/ AIDS.
Dalam entri lepas aku dah explain bagaimana HIV ni boleh berjangkit & tidak boleh berjangkit.
So, setelah sekian lama baru aku ada masa nak explain tentang ujian pengesanan HIV pulak.

Tapi, kire ok lah kan? Better late than never.

 So….
Ujian apa yang kami jalankan untuk kesan samada u olzzz got HIV or not?

The answer is..
- Ujian darah
- Ujian ni bertujuan menguji kehadiran antibody HIV di dalam badan
- Ia bukannya menguji kehadiran virus HIV
Antara jenis ujian ialah: Rapid test, ELISA, PA, ataupun LIA

Lepas buat ujian, macamana pula nak tafsirkan keputusan ujian tu?

If POSITIF – Menunjukkan klien telah dijangkiti virus HIV.
Maka, sampel kedua akan diambil bagi ujian pengesahan (sampel akan dihantar ke IMR, KL).

If NEGATIF – Menunjukkan klien tidak dijangkiti.
Tapi , ia mungkin juga FALSE NEGATIVE kerana klien berada dalam tempoh ‘window period’.

 Apa maksud ‘window period’ ?
- Ia adalah jangkamasa daripada virus masuk ke dalam tubuh sehingga pembentukan antibody.
- Biasanya berlaku antara 3 minggu – 6 bulan.
- Maka, ujian perlu diulang selepas tempoh 6 bulan.

7 comments:

  1. first time dengar window period :D thanks doc

    ReplyDelete
  2. haritu ummi saya buat sebab nak kahwin, punya lama lah tunggu. tapi ayah buat pula sekejap je. berbeza ikut tempat agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Amy.
      Ikut jenis test yang dilakukan
      (samada cucuk kat jari or ambil darah kat lengan).

      Delete
  3. ada x org pegi klinik buat ujian HIV kerana nk kahwin

    ReplyDelete
  4. hehehe.. thank you... nanti tak lah blur sangat... heee

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~