Monday, August 11, 2014

SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57.

FWD: Untuk saudara ku Melayu yang dikasihi...

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,

Lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

11 comments:

  1. sedih rasa bila melayu bercakaran sesama sendiri =(
    kita kena bersatu ='(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu krung.
      Bila baca ni baru nampak ape je 'hasil' dari Melayu??
      Semua bukan Melayu yang buatkan.
      Wake up..wake up.

      Delete
  2. betul tu. apalah yang sibuk nak didengkikan sangat dengan kaum sendiri.

    orang nak berjaya, biarlah dia berjaya. ni x, guna cara kotor.
    orang nak ubah jadi baik, biarlah dia jadi baik. ini x, kutuk dia. hina dia. hmmm...

    ReplyDelete
  3. melayu wake up ! salam kemerdekaan ;)

    ReplyDelete
  4. Nice sharing..kadang2 melayu mudah lupa..

    ReplyDelete
  5. makan dalam ni..betul tu shikin.sedih tengok orang melayu bergaduh sebab isu-isu remeh pastu dok jadi juara dalam gejala sosial

    ReplyDelete
  6. Sedih kan...
    Hmm bangkitlah dan insaflah wahai saudara Melayu dan muslim ku...

    ReplyDelete
  7. Adus...apalah nasib orag melayu pada masa akan datang jika sikap seperti ini x nak berubah huhuh

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~