Wednesday, August 13, 2014

On-call.

     Biasa kan dengar doktor kene oncall?
Sistem on-call doktor /MA/nurses ni berbeza untuk klinik vs hospital. Dan berbeza juga antara klinik kesihatan bergantung pada arahan YM klinik, PKD & JKN.
     Macam kat KKPD dulu roster macam ni:
- 1 MO akan masuk 7.30am balik 4.30pm.
- 1 MO lunch call.
(Hari jumaat balik waktu sama doktor lain.)
- 1 MO oncall sebab ada Unit Kecemasan kat sana.
     Kat KK aku keje sekarang, takde unit kecemasan. Tapi, istilah oncall yang digunakan tu is actually refer tu those yang buat lunch call. Mesti dah pening ni..
Ade banyak lagi beza sistem amongs clinic ni tapi takyah cerita kott.
Nampak tak nama aku telah di highlightedkan?
Meaning, aku adalah doktor on-call untuk minggu ni.
Kat sini, kalau oncall means kene kerja masa lunch
break (1-2pm). Rehat adalah dari 12.30-1.00pm
& 2-2.30pm.
Yang bestnye, hari Jumaat. Aku akan kerja
time MO lain rehat panjang tu. But aku dapat balik
rumah terus pukul 2.45pm.
Kat sini, sapa yang oncall kene review all results
patient yang ready on that particular day.
Kat KKPD kami tak 'pre-review'.
Kalau ada problem serius, MLT akan straight away call doctors.
Ni food untuk lunch.
Makcik kantin siap hantar sampai depan muka aku.
Teruk kan? Aku slalu lupa nak pi ambik sebab order kan awal-awal pagi masa datang keje.
Ermmm..nape makcik letak banyak sangat nasi ni..
sah nak suruh aku gemuklah tu.
Okess..
Aku tak keje rini..
Nak tenangkan fikiran & berjimba.

20 comments:

  1. owh, arini cuti ek?.. have a good rest :)

    ReplyDelete
  2. pernah jugak dengar on call.tapi tak taulah macam mane...ooo..mcm ni rupanya ye

    ReplyDelete
  3. Penah dulu housemate ambik on call nih.. tapi dia nurse pergigian.. penah juga tanya apa kaitan diaorang dalam kes on call.. memang dah paham bila sebut on call bagi doktor atau nurse nih..

    ReplyDelete
  4. dia tgk dr kurus sgt tu dia ltk byk2 hehehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. makcik kantin tuh baiklah haha siap buat delivery xD Nasi tuh tak banyaklah kalau untuk saya.. sebab ada sayur feveret tuh xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat malu je saya ni memang slalu lupa amek makanan yang dipesan. Sebab bukan tiap hari pesan.
      Pssstt..sayur tu mmg best.
      Habis licin saya makan.

      Delete
  6. selamat bertugas dr. shikin..klik old town for u :)

    ReplyDelete
  7. selamat ber'on-call', shikin. hmmm, kalau on-call waktu lunch, makannya bila? nampak menyelerakan pulak nasi bungkus tu :)

    ReplyDelete
  8. MO tu apa kak?

    oh, rupanya macam tu tugas doktor dibahagikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MO = Medical Officer.
      Selepas finished HO..akan digazetkan sebagai MO pulak:)

      Delete
    2. Roster tu YM (Doktor Yang Menyelia a.k.a in-charge klinik) akan buat.
      Akan berubah setiap minggu.

      Delete
  9. Itulah cabaran profession sebgai Dr kan..tapi tak pe kerja yg murni tu merawat pesakit tapi penatlah sikit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam cikgu jugak ~ sakit tekak.
      Sebab bercakap continuesly.

      Delete
  10. jangan lupa makan ye doktor. doktor kena sihat dulu baru leh rawat pesakit.

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~