Sunday, July 5, 2015

Tabung Bangunan PASTI Negeri Sembilan.

Dulu...
Orang wakafkan tanah persendirian untuk mendirikan rumah ibadah (masjid/surau), tanah persendirian untuk dijadikan perkuburan Islam dll yang mana hanya mereka yang mampu saja boleh berbuat demikian.

Sekarang...
Sangat banyak saluran untuk melakukan wakaf/infak harta kita. Walaupun dengan harta yang tidak seberapa, insyaallah sumbangan yang kita niat untuk wakaf mampu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Cth : Sijil wakaf Al-Quran.

Rasa nak wakaf la ni jugak?
Meh tengok bawah - ni kupon waqaf & infaq sekolah anak aku. Jom sama-sama kita MELABUR UNTUK SAHAM AKHIRAT. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Dengan ini, saya bersetuju untuk
mewaqafkan dan menginfaqkan
atas nama
.........................................................
sebanyak RM20 bagi tujuan
Tabung Bangunan PASTI N.Sembilan.

Selagi mana bangunan tersebut digunakan untuk menuntut ilmu pada jalan Allah, selagi itulah kita akan mendapat ganjaran pahala, insyaallah.

* Siapa nak waqaf, boleh wassap aku ~ 017-3841198. Bagi details nanti aku pos kupon ni sebagai bukti korang waqaf/infaq.

Sekadar renungan...
(Sumber - Google).


Related topics:
~ Pertemuan 3 Penjuru & Laporan Prestasi Murid.
~ Peperiksaan Pertengahan Tahun PASTI N.Sembilan.
~ Pendaftaran PASTI Al-Islamiyyah 2015.
~ Pendaftaran PASTI Al-Mawaddah 2015.

Friday, July 3, 2015

Mesin jahit tepi SINGER.

Dah lama betul aku mengidam mesin jahit tepi SINGER ni. At last, minggu lepas sampai jugak bende alah ni kat rumah aku lepas seminggu aku order + buat bayaran.

Selama ni aku memang suka buat credit card installment kalau rege barang elektrik lebih 1k. Rupenye kalau kat SINGER ni susah - kene sain perjanjian bagai. Kene ada copy IC aku, IC husband, paid slip dll. Siap kene bgtau kerja apa sebab nak masuk sistem. Memang lecehlah. Last skali aku swipe je credit card aku - RM14++. Kira setel dengan bank jelah pasni :D. (* Kalau buat bayaran ansuran tunai, rege kira lebih tinggi lagi.)

Aku xtau experience orang lain berurusan dengan pihak SINGER. Tapi apa yang jadi kat aku buat aku serik nak beli barang kat SINGER lagi. Selama aku beli barang kat kedai elektrik lain or kat AMWAY semuanya smooth jer.

Satu hal lagi - Technician. Susah betul SINGER kat Rahang, Seremban ni nak arrange technician ajar aku cara guna mesin jahit tepi ni. Banyak kali jugaklah aku call push dorang hantar technician cepat sebab dah lebih seminggu kot tapi hampeh jer. Dorang kata nak 'call back' aku.. tapi hampeh je. Lain masa pulak dorang cakap technician dah 'on the way' padahal technician kata SINGER tak inform dorang pun.

But, neway....
Taraaaaaaa.....
Mesin jahit TOYOTA aku dah dapat 'kawan baru',

Aku beli yang 4 benang.
Actually aku rasa kalau beli yang 3 benang pun dah okey.

Cara pasang benang.
Initially fail banyak kali tang ni.
Korang tengok jelah berselirat.-selirat benangnya. But it's ok - practice makes perfect.

Ni kat bahagian tepi untuk adjust jahitan tu nak rapat-rapat or jarang-jarang.
Mesin jahit tepi SINGER ni comes with CD & manual book (as usual). Technician tu ajar aku jahitan 'edging' je..yang basic. Katenye dalam manual & cd ada macam-macam lagi aku boleh explore. Ermmm...x kisahlah. Setakat seminggu ni pun dah banyak jasa mesin ni kat aku.

Yang bestnye... Aku dah berjaya buat 1 skirt labuh untuk diri sendiri. Yang tu aku share kemudianlah ea. Hihi.
~> 3 skirt D.I.Y

Thursday, July 2, 2015

Pertemuan 3 Penjuru & Laporan Prestasi Murid.

Sebelum ni aku ada tunjuk jadual pekse & markah 'exam' papers Abe kat SINI.

Ni pula nak cerita aku attend Pertemuan 3 Penjuru sekolah anak aku (PASTI) ~ 30/6/2015. Tadika 6 tahun je pun... bukan UPSR or PMR ye korang :D

Kenapa disebut 3 penjuru?
Sebab pertemuan ni melibatkan parents - murid - guru.

Feedback guru kelas?
Alhamdulillah amat memberansangkan. Tak sangka peningkatan mendadak berbanding masa dia tadika PASTI 5 Tahun. Kat rumah perangaiiii... nauzubillah. Mengada-mengada terlebih. Kat sekolah... alhamdulillah cikgu Fatihah kata dia berani, rajin - jumpa wording pape pun semua diejanya, suka volunteer tolong cikgu, dll. Cikgu kata Enche Adam (panggilan kat sekolah) is one of his fevret student.

Ni report dia yang aku ambik baru ni.
Abe dapat no 2 dalam kelas untuk pekse pertengahan tahun ni (Mase 5 tahun dia dapat no. 6). Markah keseluruhan 772/800. No. 1 gegirl ~ markah 778/800. Actually cikgu target dia yang no 1. Tapi, takpelah..tadika je pun. Hehe..

Wednesday, June 17, 2015

Mama One Stop Bakery & Cafe.

Mama One Stop Bakery & Cafe
Kampung Sentosa, Senawang
Seremban.

Tempat yang aku selalu lepak ~ almost everyday (except hari Isnin sebab tutup).

Apa yang best kat sini?
- Donat2 kat sini sedap (macam-macam flavor - ada saiz besar & saiz mini)
- Ada nasi lemak, nasi ayam, macam2 mee western food, etc.
* Favourite aku -> mee kari.

Kedai ni tepi jalan je.
Tapi kawasan sini memang crowded.
Kedai ni pun selalu full je.
Time balik kerja pukul 5ptg tu kalau lambat datang, memang susah gila nak dapat parking. Masa balik pun susah gila nak keluar parking. 

' Kedai dalam taman ' - memang damai je rasa kalau lepak makan kat sini.

Tuesday, June 9, 2015

Kursus: Traumatic SCI (Spinal Cord Injury).

SCI ~> Kecederaan saraf tunjang (mengakibatkan lumpuh anggota badan).
Topik ni lebih kepada pendedahan kepada anggota kesihatan. Mana tau ada yang berminat untuk join Rehab Team :)

 Essentials of SCI Rehabilitation.
Tarikh:
8-9 Jun 2015.
Tempat:
Auditorium Gemilang, HTJS. 
Anjuran: 
Jabatan Perubatan Rehabilitasi, HTJS.

Topics :
Skin Care :
- Braden Scale Assessment
- Prevention, Management, Grading

Bladder Care :
- Bladder Program
- Video presentation on CIC
(Clean Intermittent Catheterization)

Bowel Care :
- Introduction to bowel program & pharmacologic agents
- Bristol stool chart (How to use?)
- Manual evacuation

 ISNCSCI
International Standards for Neurological Classification of Spinal Cord Injury.

SCI :
- Introduction to ISNCSCI
- Classification
- Case scenarios
- Predicting outcomes following SCI
- Suggested equipments
- Modified exercise
- Life experience

ASIA Impairment Scale (AIS)
- Kena isi semua kotak kosong untuk tujuan. ' Classification of SCI '.

* Yang mencabar ~> Pre Test /Post Test :)