Friday, March 13, 2015

Pendaftaran sekolah PASTI Al-Mawaddah 2015.

Entri berkaitan refer SINI.

Kat bawah ni adalah details bayaran pendaftaran PASTI Al-Mawaddah bagi 4, 5 & 6 tahun pada tahun ini. * Bayaran tahun seterusnya mungkin berbeza.
Alamat: No. 276, Jln Warisan Puteri A11/2, Taman Warisan Puteri, Seremban.

Untuk perbandingan dengan PASTI Al-Islamiyyah boleh refer SINI.

A. YURAN PELBAGAI
- Yuran Pendaftaran
- Yuran Nov (RM160)
- Peperiksaan Sem 1&2 (untuk 5& Tahun)
- Ko-kurikulum
- Konvokesyen
- JIBG
- Operasi & Fasiliti Asas P&P
- MGP
- Tabung Kebajikan
JUMLAH =
RM464 (4 Tahun)
RM494 (5&6 Tahun)

B. KIT PELAJAR
JUMLAH = RM138

C. PAKAIAN PELAJAR
- Uniform sekolah (Tudung / Kopiah, tanda nama)
- Baju Sukan
JUMLAH = RM64

JUMLAH BESAR A+B+C = 
RM665 (4 Tahun)
RM696 (5&6 Tahun)

**************************
BAYARAN BULANAN
Pakej A: 7.30am - 12.15pm
RM160

Pakej B: 6.45am - 3.00pm
RM240

Pakej C: 6.45am - 5.45pm
RM270

Tuesday, March 10, 2015

Pasti sempurna - Buat si buah hati.

Pagi-pagi dah nangis macam hujan lebat bila dengar lagu ni. Masa tu otw hantar anak-anak ke PASTI & rumah mak. Harap2 driver lain x nampak.

Lagu ni more to orang bercinta, tapi aku pulak tujukan kat anak-anak aku. Memang kene sangat rasanye.
Credit to Lirikami.

Pilihan tadika kawasan Bandar Warisan Puteri, Seremban.

Ingat lagi entri ~> Sekolah PASTI Seremban?

Well, sekarang aku masih teruskan survey untuk mencari tadika Ajik & taska Iri sekitar Bandar Warisan Puteri. Apa yang penting :-

- Keselamatan anak-anak.
- Harap dapat hantar both at 1 place.
- Anak-anak happy dengan suasana baru.
- Well-known place (selalu modul pelajaran & cara pengajaran bagus). Maksud aku tempat yang banyak branch yang dah 'well developed' lah kirenye.
- Harga kene compare jugak. Takmolah terlampau-lampau mahal mane mampu..aku ada 3 anak tau.
- Banyak lagi yang dalam kepala ni nak kena consider sebenarnya. Huhu..

Kat bawah ada 4 tadika yang sehala antara rumah aku - sekolah abe tahun depan - klinik aku kerja.
1. Tadika Rumah Ceria Little Red House
2. Muslims Juniors Kindergarten
3. PASTI Al-Mawaddah
4. Tadika Tarbiyah

Tadika banyak kat area BWP ni. Tapi, taska susah pulak nak cari :(

Then, ada 1 tadika nearby klinik aku kat Ampangan, Iman Child Centre.
- Bayaran ni paling mahal antara semua di sini. Memang nearby klinik, tapi, simpang masuk dia jauh sangat ke dalam. So, memang awal-awal aku dah reject.

Okey u olzzz, insyaallah aku akan share setiap satu jadual bayaran in next entri :)
Details in next entries...

Sunday, March 8, 2015

Latihan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Al-Islamiyyah.

Sabtu, 7/3/2015.
Padang berdekatan simpang Taman Rashibah, Seremban.

Dalam hati, " Betul ke anak aku nak masuk lawan bola ni? " Hehe..mama yang tak supportive langsung.

Bukan ape, Abe ni sifat & sikap dia 90% sama ngan aku. And kalau outdoor activities ni, especially sports memang aku 'fail' lah...:)

Takpe lah, will wait & see...

Ni breakfast orang malas simple tapi sihat untuk 3 Adams.
Bahan-bahan :
Sosej/Prawn fillet/Nugget
Mayonnaise Resipi Ala Timur
Roti
Cheese - beli terus 24 keping sebab mama & Abe suka makan ni. Ajik & Iri macam x suka jerr..
* Sos - Abe takmo. Katenye sakit perut.
# Tempat masak yang terhad. Mujur ada bangku tangga (gambar 3) - bolehlah letak bahan kerja.
Situasi di padang...
Gambar 1- Coach & cikgu asik jerit, " Enche Adam, tengok bola. ", " Enche Adam, lariiii kejar bola. " Sebab ape? Sebab Abe statik 1 tempat. Pastu asik pandang2 kat mama.

Gambar besar- Abe masih berdiri kat tepi Keeper.

Gambar 2- Ajik & Iri 'berpicnic'. Berehat atas tikar sambil maqon. Sian semua budak-budak sebab tengah panas terik kat padang tu.

* Dah separuh masa kedua sipi-sipi dalam 15-20 minit nak habis baru Abe dapat kejar rentak pemain lain ' start main.. Lari kejar bola ' macam kawan-kawan dia yang lain.

Alahai anak omak.

Harap x mengecewakan pasukan untuk game esok ;)

Saturday, March 7, 2015

Sekolah PASTI Seremban.

Jumaat, 6/3/15.
Selesai urusan sekolah darjah 1 Adam Hadif kat SINI.

Ada lagi perkara lain aku kena fikir. 
- Mana aku nak tempatkan Adam Haziq (Ajik) & Adam Ziqri (Iri) next year? 

Next year Ajik dah 5 tahun & Iri 3 tahun. Selama ni aku tinggal ngan mak & ofkoslah mak yang jaga anak-anak aku. Bukan aku takmo hantar anak-anak kat babysitter sedari kecik, tapi ayah aku yang berkeras tak bagi. Kalau dipanjangkan topik ni, boleh jadi 'perang dunia'... Huh. Memang aku serba salah dibuatnya.

Masa anak aku sorang ok lagi. Bila dah 3 ni, mak makin x larat. Anak-anak aku ni memang lasak nak mampos. Sian kat mak.

So, tiba masa aku buat decision sendiri & ketepikan ayah aku...demi mak. Selama ni mungkin mak hanya memendam rasa. Aku pulak? Aku insan lemah yang tengah suffocate for live - ditelan mati mak, diluah mati bapak. 

Panjang betul mukadimah..

To cut it short, aku akan jadikan diri aku macam mak-mak lain yang biasanya akan busy survey babysitter / taska untuk anak. Dan aku kalau nak hantar anak, aku akan hantar tempat yang colleague atau staff aku hantar sama - for safety reason.

Banyak suggestions from staff tapi kene pilih yang nearby & jalan sehala ke tempat kerja jugak. Kalau jauh sangat nanti punch card merah.

First in mind aku adalah sekolah PASTI untuk Ajik. Tapi, susah aku nak survey lokasi sekolah PASTI kat NS ni sebab takde laman web khas PASTI. FYI kat Seremban sahaja yang aku tau ada lebih dari 10 PASTI (yang x tau...?). 

PASTI Al-Islamiyyah - Aku puas hati dengan tenaga pengajar & modul sekolah Abe 5&6 Tahun. Pendaftaran awal tahun RM800 & Yuran bulanan RM130 termasuk mengaji. 
# Masa persekolahan pagi (jika bayar mengaji RM20):-
Isnin-Khamis balik pukul 12.30 t/hari.
Jumaat balik pukul 11.30 pagi
# Bayaran bulanan termasuk transit:-
* RM210 jika ambil anak pukul 3 petang. 
* RM260 jika ambil anak pukul 6 petang.

Pasti Al-Islamiyyah ada taska untuk umur 2 bulan hingga 3 tahun - bayaran tak sure aku tak sempat kol Cikgu Yusnita lagi.

Masalahnya, lokasi PAI ni jauh dari rumah aku. Waktu sepatutnya start persekolahan ialah 7.15-7.20 pagi. So, pepaham..

So, tahun depan aku kena carikan Ajik PASTI yang sehala untuk aku ke klinik & hantar Abe ke sekolah.

PASTI Al-Mawaddah 
- Alhamdulillah terletak kat Bandar Warisan Puteri, taman yang aku lalu untuk ke tempat kerja.
- Cuma pihak PASTI tak jawab call aku semalam & belum reply message aku berkaitan yuran + ada tak taska untuk Iri. 
- Bayaran setiap PASTI adalah berbeza walaupun dalam daerah / negeri yang sama.
- Waktu balik sekolah pagi pun sedikit berbeza. 
PASTI Al-Mawaddah
Bandar Warisan Puteri
* Hasil rondaan aku & anak-anak rini lepas Latihan Bola Sepak Abe.
Siap tanya pakcik kat warung berdekatan.
#PASTI yang kena rompak bulan lepas..Erkkk...
No. Tel: 06-7623312
Email: mawaddahbwp@yahoo.com

PASTI Al-Ikhwan
- Kat Taman Paroi Jaya, taman yang sangat dekat dengan Klinik Kesihatan Ampangan, tempat kerja aku.
- Masalahnya, memang akan lebih lambatlah Ajik ke sekolah sebab jarak PASTI ni lebih jauh dari rumah aku. 

# Kene solat istikharah mohon Allah bagi petunjuk. Harap vitamin R lebih sikit. Teruk aku ni. Erkkk...* Solat istikharah bukan sebab pilih jodoh je k:)