Friday, February 20, 2015

Mini GA by Nina + Anies.

Klik SINI kalau nak join.

Tag:-
Ai Kajiwara
Budak Nuizz

Kompleks Sukan Tepian Gelanggang, Paroi - Part2.

Khamis, 19/2/14.
8.30mlm.

Dah lama tak datang Kompleks Sukan Tepian Gelanggang, Paroi  ni. Anak pun dah lama tanya. So, apa lagi? Jommmm Heboh.

Gambar buat tatapan anak-anak bila dah besar nanti:)
3 Adams - as shown by arrow.
Abe & Ajik seronok main 'gongco'.. secara 'menentang arus'.
3 Adams.
Amboi Iri, boleh pulak block laluan budak lain semata-mata nak makan finger chocolate.
Inilah rupe playground yang best tu.
Ada extension ke belakang lagi tu - kire besar jugaklah. Ada sekali tu mama cari Ajik tak jumpa. Rupenye, dia dah berjaya panjat gelung besi untuk sampai ke gelongsor tingkat atas. Whoooaaa.. nampaknya Ajik dah berani.
Gambar menghadap track kawasan slow jog n padang football.
Nampaknya makin banyak kerusi batu yang disediakan (as in last picture). So,memang easy for parents or caretaker to observe the children.

Masa kitorang nak balik tu still penuh kete kat parking. Makpak budak pun masih rajin melayan anak-anak dorang main. Tak sure lah pulak pukul berapa tutup - ni adalah gated area.

Okey, dah dekat kol 10malam..moh lah kite balik. Mama dah ngantuk. Nak Zzzzzz...

Thursday, February 19, 2015

Cardiomegaly ~ jantung bengkak.

Biasa kan dengar term 'jantung bengkak'? Medical term nya ialah ~> cardiomegaly.

Cardiomegaly ni bukanlah 1 diagnosis penyakit, tapi merupakan tanda @ sign bagi sesuatu penyakit.

Bagaimana nak identify cardiomegaly?
Buat Chest X-Ray.
Pesakit A - saiz jantung normal.
Pesakit B - 'enlarged heart'.
Macamana nak baca CXR ni?
1. Kena baca CTR (Cardiothoracic ratio).
2. CTR = Cardiac Width : Thoracic Width.
3. Abnormal enlargement of the heart, usually indicated by a CTR above 0.50.

Pesakit B (sama atas).
Perhatikan lines yang aku draw tu ye.
Line merah -> border jantung.
Line biru -> 'thoracic width'.
Nampak tak yang saiz jantung tu more than half thoracic width tu?
(Means ratio adalah > 0.50)

Apakah penyebab utama cardiomegaly?
Most common causes:-
- CAD (Coronary artery disease/ Penyakit jantung koronari).
- HPT (Hipertensi).
- Untreated chronic anaemia.
- Thyroid disease.

Apa simptom bagi seseorang yang mempunyai 'jantung bengkak'?
- Kebiasaannya tiada apa-apa simptom.
- Sesetengahnya pula hanya ada 'mild' symptoms selama bertahun-tahun, tetapi jarang merisaukan pesakit.

- Seseorang pesakit akan mendapat simptom apabila jantung sudah tidak dapat mengepam secara efisien, iaitu setelah mengalami Heart Failure (kegagalan jantung/ lemah jantung).
- Antaranya:-
Sukar bernafas (on exertion/ on lying flat).
Bengkak kedua-dua belah kaki (pitting oedema).

Apakah rawatan & prognosis masalah ini?
- Bergantung pada 'underlying cause'.
-Cth: Jika cardiomegaly disebabkan oleh untreated chronic anaemia, maka firstly kene rawat anaemia tu.

Tuesday, February 17, 2015

Orang Sulu lari sampai klinik aku.

Betul ke orang Sulu tak semuanya jahat? Well, aku x berani nak komen ape sebab aku tak pernah baik ngan dorang. Lagi pulak aku bukan pernah jejakkan kaki kat Sabah. Cuma yang aku tau, tentera kita masih ditugaskan untuk berkawal di kawasan perairan Sabah sebab masih ada pemberontak Sulu ni.

So, sape yang kata tentera tak buat keje tu tolong kerat lidah sendiri. Cakap pandai.. Cube letak ko kat sana, maunye sebaldi pun tak cukup tadah air mata ko sekarang ni. Ada bran?

Serius bangat...

Meh layan lawak sikit..

Minggu lepas ada Orang Sulu sesat kat Semenanjung. Tup..tup jumpa aku pulak tu.

Ape kes?

Heheh..patient aku sebenarnya.

Aku: Awak demam panas ni. Kerja ke rini?
Patient: Kerja, Dr.

Aku: Okeylah tak payah pergi kerja. Saya bagi MC harini & esok. Ehhh...nama awak ni... Awak orang mana?
Patient: Sabah.

Aku: Awak kaum ape?
Patient: Sulu.

Aku: Aaa-pe? Sulu yang jahat tu ke?
Patient: Bukan semua orang Sulu jahat,Dr.

Aku: Oyeke? Sorry, terperanjat saya tadi.

Erkkk..

Monday, February 16, 2015

Aku rindu kamu.

Dah macam menggatal pulak bunyi tajuknye. Sape pulak yang aku rindu ye? Cer teke...cer teke? (Ngengade soh teke pulak).

Jawapannye... Orang yang tengah baca entri ni lah. " Iya, kamu dong. "

Kat sini aku nak share maksud nama aku. Dah lama nak share tapi lupa. Tingat balik mase came across entri Amy J kat SINI.

19/12/2014.
Me, Dr.Liyana & Dr. Maslina.
NURASHIKIN.
Sebutan dalam bahasa Arab ~ Nur A'syiqin.
Maksud - Cahaya Yang Merindu.
(Ni lepas aku tanya ustazah B.Arab Form 2 aku).

Walaubagaimanapun, maksud nama aku tu tak terhad pada 1 makna je. Jom tengok lagi...
- Kekasih.
- Bersungguh apabila membuat sesuatu.
(*Patutlah aku bersungguh-sungguh bila buat sesuatu kerja).
- Pecinta.
- Mengasyikkan.

Maksud nama korang pulak? Meh lah share..