Wednesday, October 29, 2014

Maut menjemput tak kira usia.

Last week...
(Baru type)...

    Pagi-pagi masa nak pi kerja, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian anak kawan sekerja ayah aku. Arwah baru berusia awal 20-an. Belum berkahwin. Masa tu arwah pi camping dengan kawan-kawan kat Kelantan. Aku x sure nama tempat. Ada aktiviti berkayak kat sana. Suddenly ada sorang  kawan dia jatuh dalam air & dia terjun sebab nak selamatkan kawan tu. Malangnya both lemas & meninggal di tempat kejadian. Body kawan yang mula-mula lemas tu dijumpai hari sama. Tapi, body arwah ni tak jumpa-jumpa.
     Si ayah (kawan ayah aku tu) bergegas ke tempat kejadian - dari N9. Masuk hari ke-2 tetap tak jumpa. Jadi, si ayah pun cakaplah, "Kau timbullah, ayah nak balik dah ni." Tak lama tu mayat si anak pun terapunglah. Alhamdulillah Allah bantu. Arwah dibawa pulang ke N9 untuk pengebumian.

Related topic ~
Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.

Tuesday, October 28, 2014

Sistem kuasa Artistry.

Selamat malam semua,
     Ni buat tatapan anyone yang belum ketemu produk facial yang seswai untuk kulit muka. Memang aku member Amway. Tapi, ni bukan nak promote. Aku just nak share infos. Untuk price korang boleh check kat website Amway Malaysia tau. Tak sempat aku nak update sebab banyak sangat.
     Ada 4 set kat sini tau. Korang bolehlah baca details each of these - hasil yang aku snap dari Amagram (kira majalah bulanan Amway lah ni)

1. Set Youth Extend.
2. Set Youth Extend Ultra.
3. Set Hydra V.
4. Set Ideal Radiance. 
Aku beli set no.4 ni lama dah. 
Tapi, pakai kejap lepas tu jumpa Tabita pulak. Sekarang set Tabita aku dah nak habis..aku pun guna set ni balik.
* Membazir betul kalau x pakai :)

Monday, October 27, 2014

Follower #500.

    Seronoknyeeee...seronok..seronok. At last, angan-angan aku nak capai 500 followers tercapai. Memanglah tak hebat mana. Tapi, itu aim aku since dari awal lagi. Dulu aku ada 5 followers je selama lebih setawun kott. Memang aku x aktif pun masa tu & aku takde idea langsung macamana nak giat dalam berblogging. 

Kenapa aku blogging ea? 
     Takyah tau lah. Segaaann, makcik. Yang pasti, main purpose adalah nak buat bisness. Tak terfikir pun nak share pasal hal kesihatan & penyakit. Tapi, sekarang niat asal tu memang tak berapa nak ada. Yang aku rasa ialah 'addiction'. Di samping tu aku rasa happy sebab dapat buat promosi kesihatan.
Okey, siapa followers ke-500 aku?
Kalau nak kenal lebih lanjut, sila klik SINI ~ www.greenvitamin.net (nadia mansor).

     Tak lupa juga pada semua rakan bloggers yang singgah baca coretan aku kat sini - samada yang drop comments atau tak:)

Macamlah aku percaya.

Apa kata korang? Conclusion? 
Tetiba aku dapat email ni tadi..
Baru je...
Update :- Sebenarnye memang inbox aku pun penuh dengan email camni. Tapi, bila baca email ni aku takut ada orang menyamar. 

Salah ubat.

     Korang pernah dengar pasal hypothyroidism & hyperthyroidism tak? Haaa..macam pernah ehhh? Ehh apasal ada hypo & hyper pulak ye? Ingatkan hypos tu untuk kurang gula je ye?
Related topics:-
~ Hyperthyroidism - jangan lupa rawatan.
~ http://drshikinzainal.blogspot.com/search?q=hyperthyroidism

     Okey..digest sikit2 ye. Aku tak berniat nak story in details. Memadai korang tau  yang ubat thyroid ni berbeza untuk 2 keadaan di atas. Rawatan:
- Untuk hyperthyroidism ialah Carbimazole /Camazole.
- Untuk hypothyroidism ialah L-thyroxine.
     Sepanjang rawatan thyroid, patient akan kerap diambil darah untuk ujian hormon thyroid ni. Hormone ni akan naik-turun tau. Tapi, tak bermakna kena interchange antara 2 ubat ni. Ubat masih sama, cuma doc akan buat dosage adjustment je.
     Nak dijadikan cerita, adalah sorang makcik ni -dia hyperthyroidism tapi allergy dengan ubat Camazole. So, dia pi tanya farmasi samada depa ada ubat thyroid lain? She didn't showed medication that she's taking all this while. Pekerja farmasi pulak aku taktau macamane punya cerita..takde pemantauan Pharmacist ke ape..dia pi bagi ubat L-thyroxine kat patient aku. Tindakan 'terlajak bijak'. Bila patient mai klinik, hormon thyroid (T4) dia dah naik sampai dekat 100. OMK!