Thursday, August 21, 2014

Pre & Post-test counselling HIV/ AIDS.

     HIV test tanpa nama boleh dibuat di mana-mana klinik kerajaan berdekatan. Namun, samada result tu dapat terus atau kene tunggu appointment tu depends pada what kind of test yang dilakukan. Kalau yang lama tu means darah tu dihantar ke hospital. Kalau yang cepat tu means guna test kit je.
     Then, korang tau tak ada sessi kaunseling sebelum & selepas HIV test dijalankan?
Objektif kaunseling:

- Mencegah jangkitan HIV – Kaunseling pencegahan
Refer -> Kajian Pengetahuan HIV/AIDS.
- Memberi sokongan psikologi kepada individu yang dijangkiti HIV
- Memberi sokongan sosial & psikologi kepada pesakit HIV/ AIDS, keluarga, kawan-kawan & penjaga

 Tujuan kaunseling pra-ujian:

- Memberikan informasi yang tepat & perbincangan untuk mengurangkan risiko & perubahan tingkahlakiu
- Mengenalpasti risiko jangkitan
   -> Aktiviti berisiko tinggi /high-risk behaviour
- Menilai pengetahuan
- Membantu membuat keputusan
- Membantu perkara yang sukar dihadapi bila status HIV samada positif / negative
- Membantu kesukaran masa depan & bantuan sokongan

PERBINCANGAN ADALAH RAHSIA (CONFIDENTIAL) !!!

 Apakah aktiviti berisiko tinggi /high-risk behaviour?

 1. Aktiviti seksual
Mempunyai ramai pasangan seksual
 Menjalin hubungan seksual dengan mereka yang dijangkiti HIV atau mempunyai hubungan dengan pasangan yang mungkin terlibat dengan aktiviti seksual yang lain

 2. Penagihan dadah melalui jarum suntikan

Tujuan kaunseling post-ujian:

- Memaklumkan hasil ujian
- Membantu klien memahami implikasi daripada keputusan ujian terhadap dirinya & orang lain
Dilakukan sebaik sahaja keputusan ujian diperolehi
- Sebaiknya dilakukan oleh orang yang sama yang melakukan kaunseling pra-ujian

 Jika positif -> perlu notifikasi

 TIADA RAWATAN YANG BOLEH MENYEMBUHKAN HIV/AIDS

Rawatan menggunakan HAART dapat meningkatkan KUALITI KEHIDUPAN

Ujian HIV.

Ingat lagi tak tajuk ni – Kajian Pengetahuan HIV/ AIDS.
Dalam entri lepas aku dah explain bagaimana HIV ni boleh berjangkit & tidak boleh berjangkit.
So, setelah sekian lama baru aku ada masa nak explain tentang ujian pengesanan HIV pulak.

Tapi, kire ok lah kan? Better late than never.

 So….
Ujian apa yang kami jalankan untuk kesan samada u olzzz got HIV or not?

The answer is..
- Ujian darah
- Ujian ni bertujuan menguji kehadiran antibody HIV di dalam badan
- Ia bukannya menguji kehadiran virus HIV
Antara jenis ujian ialah: Rapid test, ELISA, PA, ataupun LIA

Lepas buat ujian, macamana pula nak tafsirkan keputusan ujian tu?

If POSITIF – Menunjukkan klien telah dijangkiti virus HIV.
Maka, sampel kedua akan diambil bagi ujian pengesahan (sampel akan dihantar ke IMR, KL).

If NEGATIF – Menunjukkan klien tidak dijangkiti.
Tapi , ia mungkin juga FALSE NEGATIVE kerana klien berada dalam tempoh ‘window period’.

 Apa maksud ‘window period’ ?
- Ia adalah jangkamasa daripada virus masuk ke dalam tubuh sehingga pembentukan antibody.
- Biasanya berlaku antara 3 minggu – 6 bulan.
- Maka, ujian perlu diulang selepas tempoh 6 bulan.

LPPKN.

     LPPKN adalah short form untuk Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara. Sekarang LPPKN ni dipanggil Klinik Nur Sejahtera.

     Tau tak service yang ditawarkan oleh LPPKN ni? Info ni aku dapat masa kursus last year.
Antaranya:

PERKHIDMATAN KLINIKAL:

A. Pengurusan perancang keluarga.
1. Pil perancang
    - Marvelon, Noriday, Mercilon, Loette, Nordette
2. Alat dalam Rahim
3. Suntikan
4. Kondom
5. Implanon

B. Penyiasatan awal subfertility
C. Pendaftaran mammogram (MMG)
D. Saringan kanser
     - Ujian Pap Smear
     - Pemeriksaan Sendiri Payudara (BSE)

PERKHIDMATAN MAKMAL

1. Ujian glukosa & kolesterol dalam darah
2. Lipid profile
3. Ujian kehamilan
4. Ujian pemeriksaan penuh urin mikroskopik (FEME)
5. Ujian analisa air mani (Semen Analysis)
6. Ujian kumpulan darah (blood grouping)
7. Ujian tolerans glukosa (MGTT)
8. Ujian albumin & gula air kencing
9. Saringan jangkitan penyakit seksual (STDs)
    - HIV
    - Hepatitis B
    - VDRL

 Untuk maklumat lanjut boleh layari www.lppkn.gov.my

FB over left nostril.

     Sorang mak ni datang bawa anak lelaki dia umur 4 tahun jumpa aku.

Mak: Dr, anak saya masukkan something lembut dalam hidung dia tadi. Saya dah try keluarkan dengan cotton bud tapi tak boleh.
FB over left nostril. 
Aku: [Dalam hati: OMG, kenapelah buat macam tu. Tak ke benda tu akan masuk further inside?] Okey, let me see.
Ermmm..ni memang dah jauh ke dalam ni.
Jom pergi bilik rawatan, saya try remove with forceps. Kalau tak boleh, memang kena refer ENT.
View sebenar kedudukan FB dalam hidung.
Kat bilik rawatan..
MA: Dr, kitorang dah try remove tadi, tapi tak berjaya.
Bila aku sendiri try, memang tak boleh.
Sebab forceps tu memang bukan instrument yang sesuai for this procedure.
So, terpaksalah arah patient pergi Unit Kecemasan Hospital.

     Actually aku pernah alami same situation. Masa tu anak aku umur lebihkurang sebaya budak ni lah. Dia main-main ngan adik dia. Tapi, tiba-tiba dia datang kat aku bagitau dia masukkan gabus dalam hidung (measures around 0.8x0.5x0.4cm). Dia dah nak start nangis tapi aku suruh stop takut tersedut masuk dalam. Aku try keluarkan & alhamdulillah berjaya. Nak tau apa aku guna? Scroll down please..
Ahha..
Pengorek telinga besi.
Aku tarik slowly guna cangkuk kat
bahagian hujung pengorek.
Make sure slowly ea takut terluka pulak.

Budak sekolah tipu MC.

     Semalam ada seorang cikgu call klinik untuk bercakap ngan kawan aku, Dr. L. She wants to confirm betul ke Dr. L bagi sampai 7 hari MC kat student dia yang dilakukan prosedur T+S (jahit) kat tangan. Dr. L kata kat aku, " Memang tak lah. Mane pernah dia bagi MC lama-lama macam tu. "
     Petang tu, cikgu tu datang dengan student tu skali untuk kepastian. Bila kitorang tengok surat cuti sekolah student tu, memang ada kesan pembetulan sana-sini. Memang nampak sangat telah di'adjust'. Sampai comot pulak tu. Dari cuti 1 hari dah jadi 7 hari. Tuliskan pun lain. Warna pen tak sama. Memang kene tindakan disiplin le gamaknye ye..Lain kali jangan cuba nak tipu cikgu or doktor lagi, ok.
" Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. "

Medical report.

     Any of you pernah ada experience minta Medical Report ke? Kalau u olzzz nak tau, Medical report ni dibuat atas permintaan pesakit for any reason: insurance claim, PERKESO, dll.  Bayaran RM40 dikenakan untuk 1 report yang dikeluarkan.
     Kebiasaannya medical report ni dibuat oleh the last doctor who meet the patient. Doktor tu akan buka balik rekod pesakit dari A-Z. Kalau kes yang tebal sejak tahun 2000 tu memang 'masak' lah. Teruk tau u olzzz. Especially tulisan yang tak difahami.(Macamlah orang lain faham handwriting aku.Hehe.)
     Kat bawah ni contoh Medical Report yang aku buat.
Front page folder medical report.
Telah di'censored' - confidential. 
Antara report yang aku tulis.
Pssttt..boleh baca kan handwriting aku?
Ni bukan macam tulisan kebiasaan aku.
Memang dah tulis sehabis baik ni...
Borang untuk claim bayaran. 
Anything yang u olzzz tak faham regarding nak buat medical report ni, u just go to the nearest clinic & tanya je kat kaunter. Tak perlulah ambil no. giliran untuk masuk berjumpa doktor (confirm lama nak kene tunggu.)


Medical check-up.

     Sekarang kan musim budak masuk college & university. So, a lots are coming to government clinic for medical check-up. Banyak juga masalah yang timbul sebab dorang ni datang dengan bermacam-macam jenis borang dengan format yang berbeza (sebab dari institusi yang berbeza). Please pay attention that we will only do check-up as needed by the institution & not per requested by the candidate.
Cth: Kalau mintak buat blood grouping tapi dalam form not stated kene buat.. kita takkan buat.

**Antara perkara yang perlu diperiksa oleh nurses/ MA/juru X-ray kepada candidate sebelum masuk ke bilik doktor ialah:
- Tinggi, berat, BMI
- Vision test
- Ishihara (colour blind test)
- Blood pressure, pulse rate
- Blood grouping
- Urine test: UFEME, Urine for drug (morphine,  cannabis)
- Chest X-Ray (CXR).

Once everything settled, barulah boleh masuk bilik doktor untuk body/ physical & mental check-up.

# Important to know this because ramai yang keluar-masuk bilik doktor walaupun belum lengkapkan semua  ** pemeriksaan di atas.

Tangan saya ketar.

     Seorang budak perempuan umur linkungan 19-20 tahun datang jumpa aku untuk medical check-up. Kebiasaannya tiada apa-apa masalah diadu. Semua pun nak start belajar or kerja kan...so kalau ada penyakit sure akan jadi problematic. Macam budak ni pun sama. Aku dah siap sain 'Layak'. Tiba-tiba....

Miss NH: Dr, tangan saya ketar-ketarlah. Kenapa ye? Orang lain yang selalunya perasan tangan saya terketar-ketar.

Bermacam-macam soalan aku tanya to make the diagnosis.
Tapi, satu pun memang unlikely..
Contoh :
Unlikely hyperthyroidism
Unlikely hypoglycemia
Unlikely infectious disease
Denied high caffeine intake
Unlikely Cerebellar disease - gait (cara jalan) normal je.
Takkanlah ko Parkinsonism pulak.. memang tak logik.

Dr. S: Sah awak ni ada anxiety problems.
(Still denying..tapi tengok muka pun dah nampak cuak).
Adik, U look very well to me.
So, there shouldn't be any problem.
Please observe whether this symptom persist when you are alone at home & come back to me for further investigation.

* Ape agaknye problem this girl?
Actually dia sendiri pun tak perasan whether this symptom occured when she's not with other people.

Tuesday, August 19, 2014

'Musim' sakit mata.

     Sejak naik kerja lepas balik dari cuti raya ni ramai sangat dapat patients yang sakit mata. Anak aku sendiri pun kena. Mata sakit & berair je. Aku dok lap air mata dia throughout the days sebab meleleh je air mata dah macam orang menangis. Ntah mana dia dapat pun aku taktau.
    Sampailah this week. Memang most of the patients yang datang adalah disebabkan masalah ni. Sampai 1 family berjangkit. Ada yang sampai bengkak kat kelopak mata.
"Doktor, sekarang ni musim sakit mata ke?"
Serba salah pulak nak jawab sebab kita bukan seasonal country. Tapi, iye kan jelah. Kui.. Kui..
Kalau korang ingat, entri ni memang related
~ Conjunctivitis .

Search keywords.

     Tiap blog ada keunikannya yang tersendiri. Mungkin blog aku pun ada keunikan kot. Hehe. Sebab ramai dok search macam-macam jugak kat sini.
     Jom skodeng apa yang readers search kat sini.

Okey kalau korang perasan, aku ada 'Labels' yang panjang berjela kat sidebar. So, boleh klik:
1. Amway - untuk pencuci lantai, deodorant, pressure cooker.
2. Skin Care - untuk oxygen cell Nina skincare. 
3. Pos Laju - untuk cara pos barang, mana nak dapat kertas minyak.

Yang aku kotakkan hijau tu sume yang ada kat blog aku.
Cuma yang kotak purple tu aku takde post pun xD