Monday, August 24, 2015

Kelulusan Penempatan Kanak-Kanak Ke Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2016.

Masih ingat tajuk ni?
Permohonan penempatan murid sesi persekolahan Tahun 1/2016 & 1/2017.

Okey, alhamdulillah penantian seorang mama dah berakhir. At last, skolah dah pos semula envelope jawapan menandakan Abe dapat masuk Darjah 1 sekolah tu. Kalaulah tak dapat sekolah tu memang teruklah mama sebab sekolah lain dah menyimpang dari laluan rumah ke tempat kerja mama.

So, kat bawah ni lah surat kelulusan tu.

Apa tugas mama sekarang?
Pergi semula ke sekolah untuk buat pengesahan penempatan anak mulai 1/8/15 - 30/8/15. Kalau mama tak patuhi benda ni, penempatan anak boleh dibatalkan.

Apa nak bawa masa urusan pengesahan.
1. Sijil Lahir Asal.
2. Surat Kelulusan ini.

Itu saja.
Sok mama ambik pm off k :)

Wednesday, July 15, 2015

Open Access Endoscopy ~ detect stomach or oesophageal cancer early.

Surat arahan oleh Ms. Jasiah Bt Zakaria.
Ketua Jabatan Pembedahan, HTJS.
Merupakan 1 sistem perkhidmatan endoskopi yang membolehkan Pegawai Perubatan dari KK (Klinik Kesihatan) membuat rujukan terus ke Unit Endoscope Suite tanpa melalui proses rujukan ke SOPD terlebih dahulu.
~> boleh cepatkan waiting time pesakit yang disyaki menghidap barah esofagus/ perut (upper gastrointestinal).

Ditawarkan kepada semua KK di seluruh N.Sembilan.

Marks' Quadrant. 
Pesakit yang layak dirujuk untuk Open Access Endoscopy adalah pesakit dengan jumlah skor Marks' Quadrant -> 10 atau
lebih.

Flow chart/ Carta Alir:
1. Skor 10 atau lebih.
2. Doktor isi Form Open Access Endoscopy.
3. Staf KK call direct ke Unit Endoscope Suite untuk dapatkan tarikh & masa temujanji (No Tel 06-7683008).
4. Pesakit bawa pulang Form Open Access Endoscopy ke rumah.
5. Pesakit hadir ke Unit Endoscope Suite pada tarikh yang ditetapkan bersama borang tadi.
6. Endoskopi dijalankan.
7. Keputusan:
- Jika negative: rawatan sepatutnya akan diberi.
- Jika positive: siasatan lanjut perlu dijalankan.
Form Open Access Endoscopy.

Exclusion criteria for Open Access Endoscopy :
1. Pesakit yang telah didiagnos menghidap 'Upper Gastrointestinal Cancers'.
2. Pesakit yang baru menjalani endoskopi kurang dari setahun atau dalam proses temujanji.
3. Pendarahan 'Upper Gastrointestinal' akut.
4. Kes kecemasan (Yellow & Red Zone).
5. Pesakit yang sedang dalam rawatan di wad.
6. Pesakit yang dimasukkan ke wad kerana komplikasi kanser 'Upper Gastrointestinal'.
7. Pesakit tenat.
***********************************
OGDS
(Oesophagogastroduodenoscope).
* Inilah gambar Endoscope yang dimaksudkan.