Friday, January 23, 2015

10 cerita hadis pilihan.

Salam Jumaat semua.
Aku tau ramai yang suka story-mory buku cerita kat anak kan? Aku ni je yang baru nak belajar2 buat camtu. So, aku just nak share 1 buku yang best ni yang aku baru rembat dari Popular, AEON S2 last Sunday. Mana tau ada yang interested.

Details:-
Tajuk buku: Mari Kenali 10 Cerita Hadis Pilihan.
Jumlah mukasurat: 324.
Diterbitkan oleh: Darul Mughni.
Diedarkan oleh: Edukid Distributors Sdn. Bhd.
BUY ONLINE : www.edukidbooks.com
Harga: RM29.90.
Ahad, 18/1/2015 @ AEON Seremban 2.
Dah kenapa beratur kat cermin Popular tu?
Ohh..dok usha patung kambing Hari Raya Cina.
Minat sangat..
Karang balik mama beli sekor kambing bawak balik, nak?
Kanan atas: 10 Kandungan buku - berdasarkan setiap hadis.
Kiri atas: Abe tengah breakfast untuk pi sekolah.
Bawah: Masih khusyuk tengok buku walaupun dah nak kena masuk kelas pukul 7.15pg.



Senarai Kandungan Hadis:
1. Senyum itu 1 sedekah.
2. Jika kamu menyayangi saudara lelaki & perempuan kamu, seharusnya kamu memberitahu mereka.
3. Manusia yang kuat bukanlah yang hebat beradu tenaga, tetapi yang dapat mengawal kemarahannya.
4. Allah sayang akan mereka yang memberi pertolongan.
5. Berilah hadiah kerana ini dapat mencambahkan lagi kasih-sayang.
6. Ziarahi orang yang sakit.
7. Jika kamu bersabar dengan perkara yang kamu tidak sukai, kamu akan memperoleh perkara yang kamu sukai.
8. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
9. Allah Maha Bersih & Dia mencintai kebersihan.
10.Kejujuran membawa kepada kebaikan.
 
Buku ni sampai buat anak2 & mama jatuh hati sebab:-
 ~ Cerita tak heavy. Sesuai sangat untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.
~ Penceritaan bergambar pada setiap helaian mukasurat - mudahkan pemahaman anak-anak.
~ Ada unsur-unsur Islam. **Banyak sebut tentang Nabi Muhammad SAW.
~ Banyak nilai2 murni yang diterapkan yang bagus untuk pembentukan sahsiah anak-anak.

Wednesday, January 21, 2015

Ayah Fatin Liyana datang klinik aku.

Hari ni awal betul aku datang klinik sebab semalam dah kene sound dengan bos. Ehem..ehem.. Jangan salah paham tau. Bukan aku sorang buat keja salah ni - samelah colleagues yang lain. Wajiblah kena marah. Tapi, kitorang accept dengan hati terbuka & today alhamdulillah ada drastic changes from everyone.

Actually, aku x harap orang lain berubah ikut aku. Memadailah jika aku berubah dulu sebab aku yang in-charge JPL (Jabatan Pesakit Luar) Klinik Kesihatan Ampangan. Kalau kepala ketapi senget, badan ketapi pun tentu ikut menyenget kan? Suka-suka hati aku je kan buat perumpamaan baru.

Okey, bila ada free time... Macam biasa - BLOGGING. Colleagues aku semua memang tau habit aku ni. Siap tanye tajuk latest entri aku. Kitorang ni sama kepala - semua mereng. Haha. Kalau colleagues aku baca ni matiler..

Mana cerita ni? Jauh gila lari tajuk.

Heheh..seawal pagi Dr H dah tanya aku. Masa tu lepak kat meja kantin ngan H.

Dr. H: K.Shikin, Fatin Liyana tu blogger ke?
Aku: Ofkoslah. Blogger femes tu. Dah kenapa awak tanye? Baca blog dia ke?

Dr. H: Taklah. Semalam...bapak dia jumpa saya. Die patient NCD saya. Dielah yang cite, anak dia pun doctor, blogger. Baru bertunang.
Aku: Laaa yeke? (Sambil mata aku terbeliak). Awak ada bagitau tak akak pun blogger? (Nampak tak kegedikan nye di situ? Pantang ada can...)

Dr. H: Alah kak. Mana saya ingat. Saya lebih interested dengan...(Ape tah die borak dgn ayah FL. Sampai hati ko tak cite pasal ahkak :(
Aku: Ayah FL dah sihat ke? Lenkali kalau jumpa pakcik jangan lupa mention nama akak tau:)
Hehe..tak abis2 lagi ngomel ;)

Conversation tu lama lagi, tapi cut short je..
Lepas tu dah masuk klinik nak start kerja.