Wednesday, January 21, 2015

Bantuan kesihatan oleh Baitul Mal.

Kes bantuan kesihatan yang layak untuk mintak Baitul Mal adalah bagi orang miskin yang kos rawatannya tidak ditanggung oleh kerajaan.

Contoh:
- Perlu beli jarum untuk suntikan insulin.
- Perlu beli glucose strips untuk pemantauan gula dalam darah.
- Wheelchair.
- Crutches (tongkat)
- Walking frame.

* Jika kos rawatan adalah sifar - means ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, maka tak layak untuk bantuan.
** Perlu diingat juga, ini bukan bantuan sara hidup. Itu mungkin kes lain - sila rujuk Baitul Mal semula.
*** Bantuan juga hanya atas saranan doktor, bukan permintaan pesakit.

Doktor tak keluarkan surat sokongan.

Adakah anda tahu bahawa PENGGUNAAN SURAT SOKONGAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB?

Okey, we ol baru dimaklumkan oleh YM & FMS yang perkara di atas adalah DILARANG!

Entah berapa banyak dah surat sokongan kitorang buat sebelum ni.
Cth: Anak mintak bagi surat kepada bos untuk sokongan bertukar tempat kerja kerana nak menjaga parents yang sakit.
(Bukan semua betul pun. Ada yang menipu. Aku pernah tangkap sorang).

Alhamdulillah ada pencerahan ni dari bosses. So, lepas ni just boleh bagi SURAT PENGESAHAN KESIHATAN sahaja :)