Wednesday, January 21, 2015

Ubat free.

Memang lah aku keje klinik kerajaan dapat ubat free kn? Tapi ni bukan nk cerita pasal tu. And bukan nak bagi ubat free kat korang. Hehe..jangan marah tau.

Okey ptg semalam aku dah plan nak pm off sebab nak bawak anak amek neb kat klinik. Dia post-tussive vomiting (batuk disertai muntah) & wheezing (bunyi cam asma tu). Kenapa malam teruk? Sebab malam sejuk sangat kan sekarang ni. Aku pun tido pakai setokin. Si onet ni lagi lah. Sejuk..tapi takmo selimut. Macam kebal je. Bila dah muntah habislah aku yang kena lap muntah dia kat cadar, lap badan dia & tukar baju dia.
************************

Pagi:
Aku datang keje cam biasa. Start tengok patient. Dalam 14 patient kot lepas tu tiba-tiba perut aku start sakit memulas + diarrhoea. Aku inform bos nak EL. Aku mana reti nak mintak MC dari boss. Segan weyyy..Tawun lepas aku ada sejumlah 8 MC - tapi, aku just ambik dari private. Tapi boss tetap kata nak examine aku & bagi MC. Cuma aku kena stay kat klinik sebab ada meeting pukul 12.30pm. Meaning, petang takyahlah aku ambik off gitu.

Sabau jelah korang sebab aku memang suka selfie.
Dah kenapa onet tengok depan tu?
Hissshhh...rupenye dia tengok si couple depan aku dok berpeluk macam belangkas.
Dah macam adegan panas atas katil.
Tak kuasa maaakkk..
Petang:
Aku bawak anak pi klinik depan rumah mak je. Klinik Keluarga Darul Syifa' konon nak mintak neb (nebulizer) untuk anak aku. Dr. Hashimah ni baik sangat. Masa tu kebetulan anak aku tak coughing & tak wheezing pulak. So, tak perlu neb. Dr. Shimah suruh aku datang malam untuk neb. Dia bagi ubat macam bawah ni. Tapi, satu yang aku segan kalau jumpa dia, semua ubat FOC. Setiap kali aku pergi sana memang semua FOC. Dia bukak klinik untuk sara keluarga, tapi dia tak charge aku. Rasa bersalah sangat. Sobsss.. Dalam hati aku hanya mampu berdoa semoga Allah bagi balasan syurga kat dia.
Kanan - Syrup Salbutamol.
Kiri - Syrup Chlorpheniramine.
Time makan ubat ~ anak aku ni tadah je mulut sebab ubat2 tu sedap. In fact, semua anak aku suka makan ubat - tak sakit pun mintak ubat. Gediksss. Alhamdulillah malam tadi coughing dah kurang & dah x vomit. Tido lena... Bangun senyuman... (lagu Mommy Poko).

Selingan:
Siang semalam sedih sangat sebab tak banyak 'Awaiting Comment ', plus PV rendah sangat. Tiba-tiba bangun pagi ni...
Apekah?? Stalker?? (Abaikan mode perasan nak mampos tu). Blogger picisan cam aku ni dipandang sebelah mata je kot..tu pun kalau ada yang nak pandang.
PV semalam - 1659.
Selalunya PV banyak ni dapat beserta komen yang banyak. Tapi, komen semalam ciput je. Sobsss..

Tuesday, January 20, 2015

Happy Birthday Capricorn.

Friday,16/1/2015. 
Lunch break.
Bilik MO, KKIA.

Yang diraikan - MO yang sambut birthday bulan Jan. Bawak makanan sendiri, lepas tu makan sendiri (plus bagi aku makan jugak). Benda ni last minute, jadi aku x sempat prepare pun. Just prepare perut yang kosong je :D. 

4 Jan - Dr. Farrah.
10 Jan - Dr. Hasry.
14 Jan - ahkak ler tu.
15 Jan - Dr. Masitah.
Kek tu dari pagi dah ada atas meja.
Memang tunggu nak ngap je..
Sponsors:
Big box - Dr. Masitah,  iaitu YM kusayang.
- Maceh, k.mas. Hehe.. Yes yes, berjaya kipas K.Mas mintak belanja maqon.

Red Velvet cake - Dr. Maslina
- She's very good in cooking n baking. Setiap minggu at least once mesti bawak juadah untuk kami yang kuat suka mentekedarah ni. This time, she tried new RV recipe & it was awesome. Lagi sedap dari Secret Recipe hokeyyy. Last bite memang aku berebut ngan Dr. Azwan. Aku dah cop last piece tapi dia nak jugak - terpaksa share. Hehe..macam budak2. Malu kalau anak aku tau. "What, mama berebut kek?" Kalau kat rumah, haruslah berebut dengan anak pulak. Hahaha..
Dari kiri: Dr. Masitah, Dr. Liyana, Dr. Sharina, Dr. Farah, ahkak.
Most right: Dr. Maslina.
Yang lain-sila baca atas semula :)
Happy Tuesday guys..
Have a nice day!!