Tuesday, September 23, 2014

Sakit urat - Jenis 'Peripheral nerve disease'.

     Semalam Allah nak duga aku - dapat 2 kes yang complicated. Kes apa? Sakit saraf yang 'spesifik'. Tak sama macam sakit-sakit satu badan or lenguh-lenguh tu tau.
-> Cth 1:budak ni (umo 19 tahun) - lemah separuh badan since tahun lepas (tapi ni bukan stroke @ angin ahmar). Punyelah lama aku assess dia sebab dah lama gile tak dapat kes macam ni. Last skali masa houseman 7 tahun lepas kot. After assess aku nak refer dia ke Orthopedic.
-> Cth 2: Lady ni umo 40-an - lemah & kebas kat ibu jari tangan (thumb) sampai tak boleh nak pegang kunci kereta, tak boleh nak pegang suratkhabar dsb. Akak ni selalu letak tangan tergantung kat kerusi (bahagian ketiak tertekan kat kerusi). Most possible urat yang injured adalah 'Radial nerve'. Akak ni alami Neurapraxia. Refer tajuk ni ~ Neurapraxia, Axonotmesis, Neurotmesis.
Terpaksa buka  Oxford handbook yang dah lama
'mendiami' rak buku ni.
(ni kat rumah, nak refresh balik all the details.) 
Ni semua adalah kawasan saraf pada kulit
yang nak kene assess
* Bahagian hadapan badan.
* Bahagian belakang badan.

Oral candidiasis.

     Dah 2 minggu Iri ada putih-putih kat lidah tu tapi tak sempat & lupa je nak ambilkan medication untuk dia. Itulah hakikat kami kat klinik ni, selalu je lupa rawat ahli keluarga sendiri. Alhamdulillah semalam sempat ambik.
     Putih-putih kat lidah tu adalah jangkitan kulat ~> Oral candidiasis. Ia akan nampak tebal & tak boleh keluar kalau kita kikis pun. Ia tak sama dengan sisa susu yang melekat kat mulut tau.
Ubat untuk Oral Candidiasis dari klinik aku
-  Tystatin oral suspension.
Tystatin tu brand dia.
Yang penting, kandungan ubat tu mesti
ada Nystatin.
 Setiap 1 ml = 100,000 units Nystatin.
Recommended dosage berapa?
Infant (umo setahun) - 0.5-1 ml.
Children & adults - 1-6 ml.
* Titis setiap 6 jam (4x sehari) selepas makan.
* Tahan selama mana yang boleh kat lidah sebelum telan.
* Kalau nampak dah hilang, tetap teruskan guna
untuk tempoh 48 jam
     In fact, korang still kene teruskan sapu krim anti-kulat pada mana-mana jangkitan kulat kat kulit walaupun dah hilang. At least,  teruskan sapu ubat for 5 days. Kalau tak, nanti jangkitan tu akan naik balik.