Monday, September 22, 2014

Bahagia ku rasa.

     Sabtu seawal 8pg aku dah kena attend kursus (dekat je pun). Pukul 2ptg habis. Aku sebenarnye tak sabar nak tggu encik asben balik. Macam dah lama sangat tak jumpa. Padahal selasa ritu baru gi jalan2 ~ Jalan-jalan cari makan. Ingatnye nak bawak anak-anak jalan2 makan angin luar negeri (bukan luar negara ye:). Rupenye asben nak kene balik awal ke kem (Ahad pagi). Nak kene bertolak semula ke Trolak, Perak. Die kene uruskan latihan pegawai yang akan naik Leftenan-Kapten (jangan tanye lelebih, aku x brape faham kerja army ni eventhough dah banyak kali aku mintak asben explain). 
    Disebabkan masa yang terlalu singkat, kitorang lepak jelah umah mak cam biasa. Nak balik rumah pun entah knape aku tak larat sangat. Lama jugak aku tido lepas balik kursus tu - dalam 2jam kot (aku mana biasa tido siang.. Sebulan sekali ade lah kott).
     Dok rumah takde buat aktiviti pape. Tapi, aku rasa seronok sangat. Jarang asben aku layan anak-anak sebab selalu dia lebih tido - penat busy kat kem ada je keje katanye. Petang tu dia mandikan 3 budak tecik ni. Mama tolong pakaikan baju je. Terasa ringan sikit kerja mama. Bagi yang takde pengalaman mesti fikir apelah sangat nak mandikan budak, kan? HUhu...kalau nak rasa mencabar, meh try mandikan 3 hero yang sangat lasak ni. Dengan air 'banjir' sampai ke luar, 'air pancut' ke ceiling,  buih sabun sebesen & penuh kat lantai, air paip/sink/shower sume bukak sehabis boleh, aktiviti membasuh jamban tanpa diminta, dsb...hahaha..memang best.
     Usai Maghrib, Abe mintak papa ajar baca buku skolah alif,ba,ta dia. Mama dok tepi tengokkan si adik-adik yang selalu jadi tukang kacau. Abe dok atas riba papa. Sejuk hati mama tengok. Selalu dia dok atas mama je.
     Pagi Ahad, aku dengar riuh-rendah suara anak aku kat luar. Rupenye perati papa basuhkan kete mama. Kete mama tu memang sebulan skali baru basuh. Sebab x sempat nak bawak pi 'laundry'. Balik keje dah penat. Weekend pulak masa untuk buat semua kerja rumah yang di'qada'. Ermmm...
     Malamnya, papa tido dalam hutan bertemankan unggas-unggas. Kat rumah, entah kenapa Iri asik sebut pa-pa x renti (baru seminggu pandai sebut few words). Rindu agaknya. Semoga Allah beri kekuatan kepada kami anak-beranak.
Kapt Enche Mohd Salmi.
Posted via Blogaway

Taat pada Allah.

" Boleh jadi kamu benci terhadap sesuatu
sedangkan,
ia lebih baik bagimu..."
 
     Pernah/ biasa dengar ayat ni kan? Tapi, pernah alami tak situasi di mana kita terpaksa membuat pilihan tapi kita buntu nak pilih yang mana satu ? ATAU kita bukan nak buat pilihan pun tapi tiba-tiba kita terjebak dalam suatu keadaan yang buat kita resah, gelisah, serba tak tentu ...kenapalah kita terpaksa hadapi semua tu? Mungkin sekarang tak terfikir ...
     Jom kita muhasabah diri (especially yang tengah menaip ni) - recall balik apa tindakan kita dalam situasi-situasi macam yang aku sebutkan kat atas ...apa tindakan kita? - merungut, marah-marah, menyalahkan takdir, dsb ? Adakah kita berbalik menadah tangan memohon ampun & berdoa pada Allah atau kita just ikut hawa nafsu kita ? And after that, apa natijah /kesan yang kita dapat dari pilihan kita tu?
 
# Am I making this complicated? Ooopppsss...sorry :)