Monday, August 6, 2018

Seorang mama & anak dengan masalah 'ATTENTION DEFICIT'.

     Cerita 2 minggu lepas - Perjumpaan 3 Penjuru sekolah Abe (Darjah 3) dan Ajik (Darjah 1). Sorang waktu pagi & sorang waktu petang. Macam biasa mama akan cuba yang terbaik untuk aktiviti sekolah anak-anak mama. Penat macamanapun atau sibuk macamanapun, anak-anak are my number 1. Kerana anak2 adalah penguat semangat mama & sumber kegembiraan mama.
     Ajik anak no2 yang selalu mengalami masalah inattention (tidak fokus) & dulunya ada mild hyperactivity, kini semakin boleh dikawal. Cuma masalah tidak fokus yang perlu diberi perhatian lebih. Tetapi apakan daya, tugas seharian yang padat membataskan mama untuk menumpukan perhatian pada Ajik. Semasa Peperiksaan Pertengahan yang berlalu pada suku tahun 2018, mama hanya sempat melakukan ulangkaji bagi beberapa subjek sahaja. Tetapi alhamdulillah Ajik dapat A dalam semua matapelajaran walaupun bukan semuanya 90 ke atas. Dia dapat no 3  dalam kelas ketiga (jumlah pelajar dalam kelas - lebih 40 orang) & tempat ke-22 dalam keseluruhan Tahun 1. Sesuatu yang tidak mama jangkakan langsung. Alhamdulillah - semuanya kuasa Allah Ta'ala.
     Apepun , mama masih bimbang dengan masalah TIDAK FOKUS Ajik terutamanya bila mama menyemak kerja sekolah atau kerja rumah Ajik - terlalu banyak huruf yang digugurkan & huruf yang diganti dengan huruf lain apabila dia menyalin petikan-petikan BM. Huruf kecil & besar pun tunggang-terbalik - Contoh - saya PErgi ke SEKOLAH dengn mnaiki bag :( Saya tahu saya perlu merujuk Ajik untuk OT (Terapi Carakerja) tetapi saya masih tidak melakukannya hingga sekarang kerana khuatir dikatakan overanxious mother memandangkan kadangkala dia kelihatan 'OK'.
     Harap semua mendoakan yang terbaik untuk kami.
Hanya Ajik yang berlesung-pipit dalam keluarga (gen recessive)

    Berkaitan Abe (anak first) pula, ya dulu pelajarannya memang bagus & membanggakan. Semua straight A's. Markah semuanya 90-100. Dalam setiap Ujian & Peperiksaan dia pasti akan dapat kedudukan top 10 dalam kelas & keseluruhan. Dia pernah mendapat kedudukan ke6 dalam keseluruhan Darjah 2. Tapi kini di Tahun 3 pelajarannya makin merosot. Mungkin kerana dia makin kerap bermain secara berlebihan & juga kerana mama sedikit mengabaikannya dia kerana perlu memberi perhatian yang lebih kepada adiknya. Mama silap andaian yang Abe boleh mengurus diri sendiri sedangkan dia masih perlukan perhatian dari mama.
     Yiyi pula,anak no3 & berumur 5 tahun dan mama hantar ke Tadika Muslim Junior. Yiyi pun masih bermasalah mengenal ABC & 123. Terlalu berat rasanya tugas seorang mama kan? Walaupun sebenarnya tugas itu perlu digalas oleh kedua-dua ibu & bapa - tetapi itulah hakikat masa kini yang perlu ditelan oleh kebanyakkan ibu.

11 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga terus cemerlang dalam akademik..

    ReplyDelete
  2. Dah besar dah anakanda bertiga ni. Sekejap je masa berlalu. Tak mengapa, Shikin. Slow-slow pantau prestasi mereka ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tice Farah 😍😍sekejap je rase dah besar tiga2 putera ni.TQ kak farah.

      Delete
  3. Alhamdulillah..anak saya no 2 lebih kurang macam tu jugak..homework susah sangat nak buat. kadang2 suruh abang yg buat. nampak macam dia tak fokus tapi dia cepat tangkap dan ingat..

    ReplyDelete
  4. Still on tracklah tu Dr.
    Kadang-kadang kita ibubapa ni yang terlebih risau tak tentu pasal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu baru ujian pertama Mrs A. Saya tak boleh mudah puas hati hanya bergantung 1 ujian yg mudah yg mana cg tetap bagi markah walaupun huruf besar dan kecil berterabur, sedangkan pada tahap 7thn kesalahan begitu tak sepatutnya terlalu ketara. Saya lebih kepada melihat perkembangan anak2 secara berterusan.. yang mana sehingga kini pun Ajik masih banyak kesalahan ejaan dan tulisannya berterabur. Tapi alhamdulillah pemantauan berterusan mampu meningkatkan kemampuannya dalam membaca.

      Delete
    2. Tapi bak kata Mrs A mmg ada ibubapa yg berjumpa saya kerana risau keterlaluan...sedangkan anaknya dalam kelas pertama dan slalu mendapat markah tinggi. Cg anak tersebut juga mengatakan anaknya tiada masalah & hasil pemeriksaan saya sendiri mendapati anak tersebut tiada masalah.

      Delete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~