Cerr teke sape yang create ni?
Sambungan dari
SINI.
Kes 1:
Doktor: N (nama samaran) sakit apa?
N (Pelajar sekolah perempuan): Sakit rasa xsihat dah 3 days. Macam demam je 3 days ni (cakap dengat pelat English).
Doktor: (Nak test English budak ni jap lagi) Ada batuk /selsema/sakit tekak?
N: Takde. Bla..bla..bla (cakap BM tapi still pelat english)
Doktor: Ada vomiting?
N: Aaaa...?
Doktor: Ada vomiting?
N: Aaa...Ape tu?
Doktor: Ermmm...ada muntah2? (Hehe)
N: Takde.
Kes 2:
Pesakit: Saya sesak nafas dari pagi semalam? Makin teruk malam tadi.
Doktor: Kenapa tak pergi Jabatan Kecemasan Hospital malam tadi?
Pesakit: Saya tunggu klinik kesihatan bukak pagi ni.
Doktor: (Mujur idup lagi..)
Kes 3:
Extended hours hari Sabtu.
Pesakit: Saya ada masalah mata dah 5 tahun. Saya nak mintak doktor buat surat rujukan ke Pakar Mata.
Doktor: (Nape tak mintak surat lepas 10tahun je?) Klinik Extended Hours ni bukak untuk treat acute case je macam demam, batuk,selsema, muntah, cirit-birit, bla..bla..bla.. Penyakit kronik sila datang antara Hari Isnin - Jumaat.
Kes 4:
Pesakit: Kenapa doktor tak panggil nombor giliran saya. Dah lama saya tunggu kat luar ni.
Doktor: Saya dah panggil 20 min yang lepas.
Pesakit: Tapi saya tengok nombor saya tak keluar pun kat skrin.
Doktor :(Memanglah. Kan dah panggil no giliran pesakit lain) * Terus merawat pesakit.
Pesakit: (OTW keluar dari bilik doktor) Kalau saya tak tanye staf tadi, mesti saya tunggu kat luar sampai petang.
Doktor: (Lorr x abes lagi rupenye)
Kes 5:
Pagi...Di JPL, Klinik Kesihatan..
Temujanji pesakit DM & Hypertension (sepatutnya di bahagian NCD)
Doktor: Appointment encik waktu petang, kan?
Pesakit: Tulah..petang saya kerja. Staf yang bagi waktu tu.
Doktor: Masa ambik temujanji tu ada tak mintak waktu pagi?
Pesakit: Takde.
Doktor :( Orang klinik jugaklah yang salah kannnn..)
Kes 6:
Doktor: Temujanji Puan 14/6/16 kan? Kenapa tak datang hari temujanji?
Pesakit: Saya tanda tarikh 16/6/16 (hari ni) kat kalendar.
Doktor: (Erkkk...)
Kes 7:
JPL, Klinik Kesihatan.
Jumpa kes NCD lagi..
Doktor: Kat buku appointment tulis temujanji 9am. Kenapa datang petang?
Pesakit: Saya tak fahamlah tulisan staf tu pagi ke petang.
Doktor: (Mestilah 9pg. Takkan appointment 9malam kot). Lepas ni kalau ada masalah, boleh bertanya kat staf berkenaan semula ye.