Pages

Friday, June 24, 2016

RM10 yang bukan hak.

11.45pm.
Sambil hirup Nescafe.
Baru lepas meng'garment steamer'kan uniform sekolah anak-anak.
Sekadar Hiasan & tak related dengan story.
DIY pengampai pakaian hasil kekretipan en. somi.
Malu sesangat kalu ade orang datang rumah. Erghhh..
Tapi, kire membantu jugaklah sebab ampaian lain sume penuh.

Teringat kisah tengahari tadi..
Masa tu aku masuk kerja lambat kerana hal peribadi.

Setibanya kat klinik, patient pertama yang masuk adalah sorang Indian uncle who is an elderly walking aided with stick. Susah-payah datang klinik semata-mata kerana nak ambil ubat 'penyambung nyawa' (istilah yang digunakan oleh beberapa pesakit lain) yang tidak cukup sementara menunggu temujanji seterusnya (in next 3 weeks).

Sebelum keluar dia voluntarily bagitau dia datang ke klinik sensorang, & menaiki taxi. Die kate driver teksi bising taknak tunggu die habis jumpa doktor tapi die mintak tunggu jugak & promise the driver to give extra RM10.

Dengan rasa bersalah, aku hulurkan RM10 yang kebetulan aku bawa dalam pencil case (handbag tinggal dalam bonet kete). Uncle tu refuse tapi aku paksa gak soh die ambik. Kesian kat uncle tu,kan? Sebab aku lambat..tak pasal-pasal die yang kene bayar lebih.

Actually aku nak share ni bukan kerana setakat kesian pada insan lain. Tetapi lebih kepada keberkatan rezeki. Banyak kali dah rezeki aku kene tarik sebab 'kelekaan' & 'kealpaan' aku sendiri.
- Tayar kete aku pernah kene kunci, denda RM50 sebab aku lambat masuk 15minit keje hari Jumaat (masa aku houseman).
**Banyak kali dah kene saman..
-  Tiket parking Jusco hilang, kelam-kabut carik..tapi at last tetap xjumpa. So kena denda. Maybe sebab keluar bawak anak-anak jalan tak mintak izin suami (suami dok jauh tu yang cam leceh nak mintak izin).
- Pinjamkan duit riban2 kat orang tapi at last orang tu lari tak jumpa dah. Ni sebab tak dengar cakap somi.
- Hati rasa tak tenang (sebab banyak sangat dosa)

Bile muhasabah diri balik, ternyata banyak nikmat Allah yang tak disyukuri secara sedar mahupun tidak sedar. Moga Allah ampuni dosaku, dosa kedua ibubapaku, ahli keluargaku & sekalian umat Islam.


Related topics:
~ Jom Kongsi: Bersama DFMK.
Garment steamer MORGAN.
~

Tuesday, June 21, 2016

Anak kecil ~ tips cepat ke sekolah.

Pepagi memang 'huru-hara' sikit bab siapkan anak ke skolah. Budak-budak kecik biasalah kan. Lebih-lebih aku ni 'single parent' (asben keje jauh di seberang)...so everything kene well-planned.

Alhamdulillah tang nak kejut tido tu tak ler susah sangat sebab memasing takut mama nya macam 'singa'.

Tang mandi ambik masa sebab kalau x jenguk depa termenung mengenang nasib. Gosok gigi kena pesan tiap hari kalau tak dorang buat2 lupa. Ajik yang 5 tahun pun mandi je sendiri, pakai baju sendiri. Abe yang 7 tahun memang bersiap sendiri ke sekolah: head-to-toe. Yiyi pulak paling byk ragam sebab baru 3 tahun kan tapi dah nak kene bersiap pepagi buta.

Sifat aku jenis tak suka bergantung pada orang lain. So aku memang ajar anak independent ~ semua benda kene tau buat, tak boleh malas, tak boleh bagi excuses selagi tak usaha sendiri, tak boleh kata 'taktau' / 'tak pandai' / 'susah' selagi tak cuba.
"Orang yang berjaya tak suka bagi alasan".
"Tak ada perkara yang mustahil selagi kita bergantung harap pada Allah".

Ok, to cut things short..nak btau pengalaman jaga 3 small boys memang erghhh...pepaham. Even a simple thing like asking them lifting up their school bag & put nicely inside the car will take a very..very long time sampai 15min k.

So, what i have been practicing now is...(idea dari K.Lily,my clinic staff. TQ K.Lily).
Look carefully gambar kat bawah ni...

School bag 3 boys & bakul serbaguna (untuk elak barang bersepah).
Balik dari sekolah:
- Takyah keluarkan beg skolah. Biar je dalam bonet.
- Keluarkan homework & alatulis je.
- Keluarkan pakaian kotor yang nak basuh.
- Masukkan slipper /sandal jika perlu tukar kasut skolah (Abe dok transit lepas balik sekolah)

Malam:
- Susun semula buku ikut jadual hari esok.
- Jadual & buku sume aku tinggal je dalam bonet.
- Masukkan baju persalinan petang (Ajik & yiyi)
- Masukkan botol air (ada dalam bakul hitam tu).
Jadual sekolah - aku siap warna ikut subjek. So, senang & cepat nak tengok.
Aku letak ni dalam beg skolah 'spare'.
Pagi-pagi:
Dah jimat masa & tak stress sebab takyah bising2 soh angkat beg + takde barang yang akan tertinggal. Just bawak badan je masuk keta.
Hopefully membantu..
Sape ada tips lain leh share sini.

Thursday, June 16, 2016

Moment di ED, KK, K1M ~ Part 2.

Cerr teke sape yang create ni?
Sambungan dari SINI.

Kes 1:
Doktor: N (nama samaran) sakit apa?
N (Pelajar sekolah perempuan): Sakit rasa xsihat dah 3 days. Macam demam je 3 days ni (cakap dengat pelat English).
Doktor: (Nak test English budak ni jap lagi) Ada batuk /selsema/sakit tekak?
N: Takde. Bla..bla..bla (cakap BM tapi still pelat english)
Doktor: Ada vomiting?
N: Aaaa...?
Doktor: Ada vomiting?
N: Aaa...Ape tu?
Doktor: Ermmm...ada muntah2? (Hehe)
N: Takde.

Kes 2:
Pesakit: Saya sesak nafas dari pagi semalam? Makin teruk malam tadi.
Doktor: Kenapa tak pergi Jabatan Kecemasan Hospital malam tadi?
Pesakit: Saya tunggu klinik kesihatan bukak pagi ni.
Doktor: (Mujur idup lagi..)

Kes 3:
Extended hours hari Sabtu.
Pesakit: Saya ada masalah mata dah 5 tahun. Saya nak mintak doktor buat surat rujukan ke Pakar Mata.
Doktor: (Nape tak mintak surat lepas 10tahun je?) Klinik Extended Hours ni bukak untuk treat acute case je macam demam, batuk,selsema, muntah, cirit-birit, bla..bla..bla.. Penyakit kronik sila datang antara Hari Isnin - Jumaat.

Kes 4:
Pesakit: Kenapa doktor tak panggil nombor giliran saya. Dah lama saya tunggu kat luar ni.
Doktor: Saya dah panggil 20 min yang lepas.
Pesakit: Tapi saya tengok nombor saya tak keluar pun kat skrin.
Doktor :(Memanglah. Kan dah panggil no giliran pesakit lain) * Terus merawat pesakit.
Pesakit: (OTW keluar dari bilik doktor) Kalau saya tak tanye staf tadi, mesti saya tunggu kat luar sampai petang.
Doktor: (Lorr x abes lagi rupenye)

Kes 5:
Pagi...Di JPL, Klinik Kesihatan..
Temujanji pesakit DM & Hypertension (sepatutnya di bahagian NCD)
Doktor: Appointment encik waktu petang, kan?
Pesakit: Tulah..petang saya kerja. Staf yang bagi waktu tu.
Doktor: Masa ambik temujanji tu ada tak mintak waktu pagi?
Pesakit: Takde.
Doktor :( Orang klinik jugaklah yang salah kannnn..)

Kes 6:
Doktor: Temujanji Puan 14/6/16 kan? Kenapa tak datang hari temujanji?
Pesakit: Saya tanda tarikh 16/6/16 (hari ni) kat kalendar.
Doktor: (Erkkk...)

Kes 7:
JPL, Klinik Kesihatan.
Jumpa kes NCD lagi..
Doktor: Kat buku appointment tulis temujanji 9am. Kenapa datang petang?
Pesakit: Saya tak fahamlah tulisan staf tu pagi ke petang.
Doktor: (Mestilah 9pg. Takkan appointment 9malam kot). Lepas ni kalau ada masalah, boleh bertanya kat staf berkenaan semula ye.

Moment in ED, KK, K1M.

Copy paste dari what's app :
Jangan marah bila dah baca :)

The 'Krik krik' moment in ED, KK, K1M dan sewaktu denganya.

Situasi 1

Doktor : Berapa hari demam?
Pesakit : Dari hari Jumaat.
Doktor : 😑 (Dua Jumaat? Tiga Jumaat?)

Situasi 2

Doktor : Bila hari pertama period yang terakhir? (Last Menstrual Period)
Pesakit : Hari Jumaat
Doktor : 😑 (Jumaat minggu lepas? Jumaat bulan lepas? Jumaat sepuluh tahun lepas?)

Situasi 3

Doktor : Ada muntah?
Pesakit : Ada berak-berak lah
Doktor : 😑 (Rasanya dah cakap bahasa Melayu dah. Salah sebut ke salah dengar?)

Situasi 4

ED penuh dengan sanak saudara.

Doktor : Boleh beritahu apa yang berlaku pada pesakit ni?
Saudara 1 : Saya tak duduk dengan dia. Kena tanya anak sulung dia.
Doktor : Boleh beritahu apa yang berlaku pada pesakit ni?
Saudara 2 : Saya kerja. Saya pun baru je tau kena datang hospital. Tanya isteri saya. Dia yang jaga.
Doktor : Boleh beritahu apa yang berlaku pada pesakit ni?
Saudara 3 : Saya baru je jaga dia. Sebelum ni adik ipar jaga.
Doktor : 😒 Boleh panggil adik ipar sekarang. Yang lain boleh tunggu di luar. Saya nak bercakap dengan yang tahu cerita saja.
Saudara-mara : Adik ipar ada kat rumah. Dia tak datang.
Doktor : 😑 (Motif sangat ramai-ramai datang tapi semua tak membantu)

Situasi 5

Saudara 1 : Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : Bla bla bla (menerangkan dengan rela hati)
Saudara 2 : Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : Bla bla bla (masih menerangkan dengan rela hati)
Saudara 3 : Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : Bla bla bla (cuba menerangkan dengan rela hati)
Saudara 4 : Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : 😒 Bla bla bla (menerangkan sambil menenangkan hati sambil memandang kerja-kerja yang belum siap dan pesakit-pesakit lain yang perlu dilihat)
Saudara 5 :  Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : 😑 Boleh tak panggil semua yang tak dengar lagi penerangan saya, boleh saya terangkan sekaligus (Takkan nak explain untuk setiap kampung kot)

Situasi 6

Doktor : Sakit perut ni dah bertahun-tahun. Kenapa datang malam ni?
Pesakit : Sebab sakit sangat lah...hahaha (literally laughing)
Doktor :  ðŸ˜’ Dari 0-10, markah sakit berapa? (Sakit sangat sampai ketawa?)
Pesakit : Macam sakit nak beranak
Doktor : 😑 (Seriously sakit nak beranak boleh ketawa?)

Situasi 7

Doktor : *Panggil pesakit ke secondary triage (cek tekanan darah, suhu etc)
Pesakit : *Masuk. Telefon di tangan. Mata di telefon. Jari di skrin. Duduk di kerusi.
Doktor : *Bersedia untuk cek tekanan darah
Pesakit : *Masih dengan telefon
Doktor : 😒*Berdehem
Pesakit : *Masih dengan telefon
Doktor : 😑 Boleh dah kot nak simpan telefon tu (Ada jugak kes telefon hancur kena lempar ke dinding nanti)

Situasi 8

Doktor : Ada alahan ubat?
Pesakit : Ada
Doktor : Ubat apa?
Pesakit : Tak ingat
Doktor : Ubat untuk apa?
Pesakit : Tak ingat
Doktor : Ubat macam mana?
Pesakit : Tak ingat
Doktor : 😑 (Semua tak ingat, nasiblah kalau dapat ubat yang allergic)

Situasi 9

Doktor : Ubat makan tak?
Pesakit : Tak
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Bosan makan ubat
Doktor : 😑 (Dah sakit sibuk pulak datang hospital. Tak reti bosan pulak datang hospital)

Situasi 10

Doktor : Ubat banyak makan ke banyak tinggal?
Pesakit : Tak tinggal makan ubat
Doktor : 😑 (Kecik besar kecik besar je pandang pesakit sebab tengok ubat berpapan-papan tak berusik)

Situasi 11

Doktor : Awak ada hubungan intim dengan lelaki
Pesakit : Tak ada. Memang tak ada.
Doktor : 😑 (Pandang pesakit, pandang skrin scan machine. Apa dia ingat yang tengah gerak-gerak dalam perut tu jin ke)

Situasi 12

Doktor : Kenapa tak makan ubat?
Pesakit : Sebab saya ambik PAMOGA
Doktor : 😑 (Hmmm..mujur ada PAMOGA)

~semoga diberi kesabaran di bulan Ramadhan yang mulia ini-

Credit to orang yang penat2 taip.
Sumber asal tidak diketahui.
Copy n paste dari group WhatsApp

Wednesday, June 15, 2016

Mid Term Examination Results/2016 Enche Adam Haziq B. Kapt Enche Mohd Salmi.

Alhamdulillah Ajik, anak second aku pun dah dapat results exam dia (xm ler sangat..baru tadika 5 tahun. Hehe..).

Macam tak percaya bila tengok results Ajik sebab memang unexpected.

Bukan aku nak beza-bezakan anak. Tapi, sebagai ibu kita biasanya tahu tahap setiap anak kita setakat mana. Tambahan pula aku jarang spend time for learning untuk anak ke2 & 3 aku memandangkan rutin harian yang tak kurang hebatnya.

Ajik ni bagi aku is a 'special kid'. Banyak sebabnya aku cakap camni tapi maybe next time aku share. Dulu adelah share sikit kat sini >>> Ajik cepat terasa. But, whatever it is..each & every child is special in their own way (bak kata FMS aku) & they are Allah greatest gift for me. So i will love them equally.

And now, Ajik has proved his ability. Go on, sayang. Mama will always be by your side. Luv ya'!!

Related topics:
~ Strategi berjaya (Versi Shikin:)
~ Wordless Wednesday #10/9/14.
~ Wordless Wednesday #31/12/14.
~

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun/2016 Enche Adam Hadif.

Ni sambungan dari entri lepas..
Boleh refer >>> Keputusan Ujian 1/2016 Enche Adam Hadif B. Kapt Enche Mohd Salmi.

Dulu, ranking dalam kelas 12/38. Sekarang 7/38. Dalam keseluruhan Darjah 1 pun alhamdulillah dapat no. 7.

Semoga anak mama terus berjaya di dunia & akhirat. Insyaallah.

Mohon doa dari kalian jugak.

No more McD, kids.

Dah hampir 2 years aku boikot McD. Setakat ni alhamdulillah takde kes kebuluran kat aku & anak-anak.

Bukan setakat McD, aku boikot semua barang Israel kecuali certain cam Milo & susu baby susah betul nak get rid memandangkan dari kecik tak boleh nak ganti milo tu dengan minuman lain. Tapi, aku akan cuba, insyaallah.

Brand pakaian, brand pampers dll yang berkaitan insyaallah ada banyak alternatif lain.

Cuma, anak-anak aku masih kecil. Bila dorang tengok ramai orang Islam full housekan McD or even their cousins beli food McD, they started to ask a lot of Qs.
~ " Mama..mama kate McD tu Israel kan? Israel tu jahat kan? Abes tu, orang yang makan kat McD tu semua orang jahat ke? "
~ " Mama, Y (nama cuzin) beli mainan McD. Kenapa Abe tak boleh beli? "

Susah nak jawab kan?
Well, sooner they will get bigger & hopefully that time they will understand what I meant.

Related topics :
~ Bravo... McD dah 'penuh' semula.
~ Istiqamah dalam boikot barangan Israel.

Monday, June 13, 2016

Zulda Masri Collection, Ampangan.

Selamat Berpuasa, u olzzz.
Rini aku x kerja so blh share mana u olzzz boleh shopping baju raya kat area Seremban ni.

Tahun ni..macam tahun lepas - minggu pertama & kedua raya dah setel beli baju raya anak-anak. *Baju mak xde pun xpe [sobs]. Bukan ape, sebab nak elakkan bersesak-sesak memandangkan orang lain ramai yang tunggu last minute sebab nak dapat harga terlajak murah. Tapi, buatnye x jumpa saiz..x ke naya?

Famili aku, especially yang lelaki - husband, anak-anak, ayah, adik-adik suka berkunjung ke kedai baju Zulda Masri ni. Sebab ape? Sebab jahitan baju melayu ZM ni sangat kemas & cantik. Fabrik nya pula berkualiti. Baju kurung yang aku beli pun sama - Tahan at least 4-5 years.

Harga baju melayu kat sini taklah mahal. Kira berpatutan lah. Details bayaran aku x hengat. Tapi cam tahun lepas sepasang baju melayu anak aku umur 2,4 & 6 tahun kalau tak silap bawah RM30 & 40 sepasang.
3 pasang baju Melayu merah jambu - Baju Melayu papa pun sama macam ni tapi dalam almari papa lah. Takleh nyebok kat sini :)
Tag - Zulda Masri Collection.
Kiri (hijau): Baju Raya 2014.
Kanan (merah jambu): Baju Raya 2015.

Tahun ni teringin beli jubah untuk anak. Jubah mahal sikit -
~ Abe (umo 7 tahun, saiz 7) - RM72
~ Ajik (umo 5 tahun, saiz 5) - RM63
~ Yiyi (umo 3 tahun, saiz 4) - RM63
* Semua ni harga lepas diskaun.
Brand: Al-Hafiz.
*Tak pasti kenapa bukan ZM.
Anyway jahitan tetap sama.
Stok banyak gile lagi masa aku beli 2 hari lepas. So, cepat-cepat grab ye!!
Harap anak-anak happy beraya tahun ni walaupun tanpa papa di sisi. Papa akan beraya dalam hutan dengan monkey kerana terlibat dengan operasi selama 3-4bulan.

Alamat Zulda Masri:
No.13, Bandar Baru Ampangan,
Bangunan Uda, 70400 Seremban,N.Sembilan.
Tel: 06-7618225.

Saturday, June 11, 2016

Homeopathic vaccine / Imunisasi secara homeopathi.

Ramai sedia maklum, terdapat segelintir masyarakat dari banyak negara yang menolak vaksinasi atas alasan yang tiada bukti kukuh (Contoh: Vaksin menyebabkan autism). Kebanyakkannya memilih alternatif lain seperti homeopati.

So, u guys boleh rujuk fact from forwarded what's app from my FMS (Family Medicine Specialist) who attended this seminar.
Seminar Training of Trainers: Isu imunisasi & vaksin.
Homeopathic vaccine: It is a misnomer for there is actually no such things.

Penyataan2 oleh Homeopathy organisations (British Homeopathic Association,  Australia Register of Homeopath).
- There are no proven homeopathic substitute for immunisation (vaccination).
Atas ni merupakan akuan dari Homeopathy organisations sendiri:
- Tentang penerimaan kepada 'conventional vaccination' (meaning vaksin yang kita gunakan selama ini) untuk menghalang penyakit.

Related topics:
~ Vaksin untuk bayi ada unsur babi?
~ Bagaimana vaksin dibuat?
~ Salah faham lagi.

Friday, June 10, 2016

Jom Kongsi: Bersama DFMK.

Kenapa anak-anak kurang ajar?
- Sebab makanan yang dimakan tak berkat.

Selalu istikharah untuk setiap urusan.
- Solat istikharah lepas solat isya'
- Termasuk urusan jaga anak.
- " Siapa ingat ALLAH ketika senang, ALLAH akan ingat masa dia susah. "

Pantau kawan-kawan anak-anak.
- Ramai mak bapak taktau siapa kawan anak-anak /no tel kawan anak-anak.
- Anak-anak selalu ikut kata kawan-kawan.
- Di samping doakan anak-anak, doakan juga kawan-kawan anak-anak.

Mak bapak sentiasa doakan anak-anak
- Bagitau anak, "Mak bapak tak dapat pantau apa yang kamu buat. Tapi kami doakan kamu jaga solat, baca Quran insyaallah kamu tak buat benda-benda tak baik." Cth: Tonton video tak baik.
- Tapi, kena ada sifat ihsan. Makpak tak nampak, tapi Allah nampak.

Makpak kena pamerkan sifat kasih-sayang (cth: pelukan)
Kajian: Anak yang kurang dipamerkan kasih-sayang mudah memberontak.

Anak-anak slalu xdengar cakap makbapak tapi selalu ikut sifat makbapak.
- So kene buang sifat2 tak baik.

Jangan jemu berpesan kepada anak-anak
Waktu2 mustajab:
- Waktu bgn tdo - kerana jiwanya tenang.
- Lps exercise
- Lps solat
- Lps baca Quran
*Nasihat selama 30saat
*Akan dapat impak luar biasa
*Tapi,  jangan lupa ajar anak-anak baca doa apa yang kita baca (plus terjemahan).
*Jgn lupa baca doa Nabi Ibrahim (menjaga solat)
*Bacakan Al-Fatihah, Ayat kursi, Al-Insyirah
*Ajar doa ketika melihat cermin & terjemahan: " Ya Allah, Engkau telah cantikkan diriku. Maka, cantikkanlah juga akhlakku. "

Soalan:
Ibubapa dulu kurang ilmu dalam mendidik anak-anak, tapi anak-anak jadi orang baik-baik. Ibubapa sekarang hebat2 tapi kenapa akhlak anak-anaknya buruk.
Jawapan:
- Dulu:Ilmu & amal. Sekarang: Ilmu ada tapi tak amal.
- Pendidikan dari teladan ~ dulu lepas solat baca Quran. Sekarang: Makpak lepas solat tengok tv,dll.
- Keberkatan rezeki - masa kerja main FB, wassap
- Dulu: Suasana rumahtangga yang harmoni (mak hormat ayah & sebaliknya).
- Dulu: Mendidik secara berjemaah (jiran-jiran juga akan menegur anak-anak)

* Antara motivasi Dato Dr M. Fadzilah Kamsah yang aku sempat dengar tadi. Kata2 tak 100% serupa tapi maksud sama. Maaf jika ada kekurangan.

Don't cheat, Vital signs will tell.

6am.
Atas sofa depan tv.
Syukran Ya Allah kerana masih beri aku nafas mendengar lunaknya alunan bacaan ayat-ayat suci-Mu.

Alhamdulillah...

Ok, readers...perasan kan doctors slalu akan check Suhu badan, Tekanan darah, Nadi, Kadar pernafasan? We call all these parameters as Vital Signs / Vitals.

U olzzz tau tak, from just checking the Blood pressure & Pulse (rate, rhythm, volume) doctors dah boleh tau whether u are stable or not? That's why i said u cannot cheat:) ** BEWARE for those MC SEEKERS.

A lots of patient come complaining of sakit belakang, sakit perut, whatever sakit...Ada yang datang cakap cirit-birit 20x dll. Bila experienced doctors check & she/he said u are actually ok & can go to work (after providing the fact/prove), patients usually tak berani kata apa because they knew they are 'trapped'/ 'captured'. So they will just go. * Kalau nak tipu...cari doctor yang baru keje 2-3 tahun ye :).

Search keywords for the Day, Week & Month (May).

Aku suka check benda ni sebab nak tau apa yang readers slalu search kat blog aku.

Selalu aku tengok memang ramai yang search 'Cara pasang benang pada mesin jahit tepi'. Aku pakai mesin jahit tepi SINGER. Boleh refer SINI. Nampak kan kat tempat benang tu ada 4 warna? So, setiap benang kena pasang ikut arah warna yang sama k. Tak sure kalau mesin jahit tepi jenis lain camna caranya.

Search keywords - day.
Cara nak check saman trafik boleh refer ~ Cara semak saman Polis & saman JPJ.

Search keywords - week.

Kadar Baru Kompaun Saman
- Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.
Boleh check ni kat Laman Interaktif Trafik PDRM.

'Boleh dapat MC ke kalau jaga anak kat KPJ?'
- Ermmm..yg ni aku x sure. Tapi kalau kat klinik kerajaan tak bolehlah. Sebab yang sakit tu anak, bukan penjaga. So, kena ambil cuti sendiri ye.
- Mana-mana yang mendesak, aku akan bagitau.."Encik /Puan, doctors pun tak dapat MC ye kalau anak-anak doctors sakit."
-Sekian-
Search keywords - month.

Tuesday, June 7, 2016

Kenali simptom hipoglisemia, hiperglisemia & dehidrasi teruk.

Ni sambungan dari entri lepas :
~ Diabetes: When to end fast?

Hipoglisemia :
 Gelisah, Rasa 'terganggu', Lapar
Berpeluh sejuk
Pening, Mengeletar, Lemah
Nadi laju
Sakit kepala
Mata kabur tiba-tiba

Hiperglisemia:
Sangat haus
Kerap kencing
Tahap sedar kurang (tak berapa alert)
Loya
Mata kabur tiba-tiba

Dehidrasi teruk:
Mulut kering
Tersangat haus
Kuantiti urin berkurang
Pening
Kepenatan
Pengsan
Kekeliruan

Diabetes: When to end fast?

1pm, dalam surau klinik.

Aku nak share slide CME yang disampaikan oleh sorang Prof IMU, Seremban.

Korang kene tau masalah-masalah yang kerap terjadi pada patients kencing manis (DM) sepanjang berpuasa Ramadhan.
Antaranya :
- Paras gula dalam darah yang terlalu rendah (hypoglycaemia).
- Paras gula dalam darah yang terlalu tinggi (hyperglycaemia).
* Ramai yang kene admit atas alasan di atas.
 Kenapa jadi macam ni?
- Korang sendiri boleh agak.. Betul tak? - Faktor pemakanan.
- Tapi, faktor pengambilan ubat pun perlu diambil kira ~> perlu adjust.

So, apakah langkah2 awal yang perlu dilakukan?
- Better buat SMBG (Self monitoring of blood glucose). Barulah patients & family members dapat pantau bacaan gula dalam darah.
Ramai diabetic Muslims takmo buka puasa eventhough badan tak fit untuk teruskan puasa. Badan dah gigil pun nak puasa jugak. Aku nasihatkan jangan, kerana ini akan memudaratkan kesihatan diri.

Boleh buka puasa dalam situasi seperti yang dinyatakan di bawah.
- BG = blood glucose.
- Glucometer/ Reflo machine - alat check blood glucose (yang cucuk hujung jari macam gambar kat atas).
"Fasting that place their health at risk is forbidden 
– ‘haram’ & a sin by Islamic Syariah Law".

Insyaallah aku akan sambung lagi topic ni.
Nak rest jap.

Related topics:
~ CME: Management of Diabetes during Ramadhan.
~ Guidelines for fasting diabetics.

Monday, June 6, 2016

Initiation, Optimisation & Intensification of Insulin Therapy.

Banyak persoalan yang timbul kat minda pesakit kencing manis once doctor bagitau yang dorang perlu terima rawatan insulin. Betul tak? So, kat sini aku nak share sikit pasal rawatan insulin ngan 
korang. Aku adaptasi ni dari 
Clinical Practice Guidelines Management of T2DM 2016; m/s 22-23.
Ni latest CPG ye. CPG memang in english & aku harap korang faham bile ada certain term yang sukar aku nak terjemahkan.

Initiation, Optimisation & Intensification of Insulin Therapy.

T2DM (Type 2 Diabetes Mellitus) is a progressive
 disease 
- Ini disebabkan fungsi Beta Cell dah makin menurun secara
 mendadak (progressive decline). 

Apakah fungsi Beta-Cell ini?
Beta-Cell ni terletak di pankreas & berfungsi menghasilkan hormon insulin. Sel ini sensitif terhadap glucose concentration di dalam darah. Ia bertindak merembeskan (secrete) hormon insulin ke 
dalam darah apabila mengesan paras gula dalam 
darah yang tinggi.

So, apa yang korang faham kat sini?
Ini bermaksud, lama-kelamaan pesakit T2DM ni memang akan 
memerlukan ‘bantuan insulin’ dari luar. Dengan 
kata lain -> suntikan insulin
Ini kerana, kapasiti pankreas untuk merembeskaninsulin sudah tidak dapat merendahkan paras 
gula di dalam darah.

Kenapa tak teruskan dengan ubat makan je?
Ubat jenis makan, OAD / OHA (yang terdapat di 
klinik kesihatan) mempunyai limitasi. 
Kita kena faham ubat jenis oral ni berfungsi :
- meningkatkan sekresi insulin daripada Beta-Cell. 
- meningkatkan sensitiviti insulin
Apabila Beta-Cell dah rosak macamana nak
hasilkan insulin. Betul tak? Dalam keadaan ni, 
OAD / OHA dikatakan dah tak berkesan 
(ineffective).

Memang ramai pesakit T2DM ni yang menerima 
rawatan insulin. Jadi, jika doktor yang merawat 
anda nasihatkan anda mulakan dengan rawatan 
insulin kenapa anda harus menolak?

Insulin therapy should be considered in the following situations :
1. Inadequate glycaemic control on optimal dose 
of OADs.
2. As a short term use in the following:
- acute illness / surgery
- pregnancy
- breastfeeding
- severe metabolic decompensation (DKA, HHS)
3. As initial therapy in newly diagnosed T2DM
- symptomatic (osmotic symptoms) regardless of 
A1C or FBS
- A1C >10% or FBS >13mmol/L
- as part of early insulinisation treatment regime

Last part tu mungkin korang tak faham. Tapi, aku type je kat sini sebab nak tunjukkan kat korang 
situasi-situasi yang memerlukan seseorang 
pesakit dimulakan rawatan insulin. 

Topik berkaitan :
- Insulin terukkan kencing manis?
-

Friday, June 3, 2016

Pemeriksaan perubatan / Medical check-up.

Q. Apa yang selalunya diperlukan untuk Pemeriksaan Perubatan?
A. Bergantung pada apa yang perlu diisi di dalam borang yang dibawa oleh candidate.
Cth:
- Tinggi, Berat, BMI
- Tekanan darah, Nadi
- Vision test
- Color blind test
- Pemeriksaan fizikal (mengikut sistem)
- Chest X-Ray
- Blood grouping
- HIV, Hepatitis B&C
- UFEME
- Urine for morphine, cannabis
- UPT (urine pregnancy test)
** Keperluan pemeriksaan berbeza mengikut institusi.

Selalunya candidates kantoi tang check urine UFEME. Selalu je ada protein dalam urin (proteinuria). So, make sure before datang test tu minum air putih banyak-banyak. And, elakkan minuman yang manis, berkarbonat, ada coloring /pewarna.
Kiri: UFEME pertama.
Kanan: Repeat UFEME (lepas balik umah & minum plenty of plain water).

~> Kalau tetap ada proteinuria, doctors akan do further assessment & investigation. Tapi, akan ambil masa lah, kan. So, better korang dengar advise akaq ye.