Sunday, July 26, 2015

Terjerat cinta lelaki muda suami orang.

Aku nak share 1 kisah benar yang terjadi kat kawan baik aku sendiri,N (atas kebenaran beliau).

N seorang pegawai (takpayah tau keje katne lah ea). Suami N pun pegawai. Anak 4 orang. Dia ni sorang yang setia - tak pernah terniat nak 'pasang lain'.

Awal perkahwinan biasalah hidup bahagia walaupun selalu je kena tinggal suami atas alasan kerja. N dah biasa uruskan semua sendiri. Tapi, setelah bertahun kawin, lama-kelamaan dia dah x larat sebab suami x pernah ambil kisah hal rumahtangga - semua dia jelah yang tetap kena uruskan sendiri. Kalau dulu anak tak lasak lagi xpelah. Sekarang penat wooo semua tengah membesar.

Lama-kelamaan N makin rasa geram & bosan dengan rutin harian dia. Sampailah dia mula berjinak2 dengan what's app, we chat & buat new FB account - then berkawan dengan lelaki2 lain. Mempunyai rupa paras yang boleh kata cantik juga, body 'maintain' macam anak dara & status pegawai buatkan ramai lelaki yang nak rapat dengan dia. Ramai yang ajak keluar & ramai jugak yang ajak ke hotel (pepaham). Tapi dia taknak. Sekarang banyak kes bunuh, simbah asid aku bgtau dia jangan buat hal.

1 hari masa kerja...
N jumpa 1 client, Z (seorang cikgu) yang boleh kata handsome. Hidung mancung. Kacukan Pakistan lah katakan. Dan mereka berjumpa beberapa kali lepas tu atas urusan formal. Kali terakhir berjumpa hati rasa terpaut. Lebih2 lagi bila tau si jejaka tu single. Rupenye si dia pun rasa yang sama. Lepas2 tu masing-masing pun mula berbalas mesej, wassap & call hingga lewat malam untuk melepaskan rindu. Hinggakan pada 1 pertemuan (rupanya rumah si dia dekat-dekat situ je). Suami N jarang ada rumah that's why x jadi hal.

Lama-kelamaan cinta makin berputik. Tiap hari lepas kerja confirm jumpa. Kadangkala bukan berdua,tapi sekali dengan anak-anak. Itupun atas permintaan Z. Z bgtau sebenarnya dia duda anak sorang. Isteri tinggalkan dia sebab jumpa kekasih lama. Isteri dah kawin & dapat sorang anak lagi. Hak penjagaan anak (Darwisy) pada Z tapi dia bagi ex-wife sebab kesiankan ex-wife. Tiap2 bulan dia akan ke Ipoh, Perak kerana tengok Darwisy.

Z seorang lelaki & insyaallah suami yang baik. Dia suka berbincang hal rumahtangga & ada perancangan masa depan. Dia memang selalu ambil berat hal anak-anak N (tak macam suami N yang mengabaikan anak-anak sendiri). Bawak dorang keluar pergi main kat playground, main kat Giant, makan kat luar, pergi kedai ikan, pergi gunting rambut, pergi beli food kat bazar, beli baju raya dll.

Kalau dengan N lagi toksah cakaplah - dah macam husband-wife. Selalu je keluar sorong troli kat Tesco, Zemart dll untuk beli barang keperluan rumah. Memang dorang x kesah kalau ada yang mengenali nampak. Sebab kawan aku tu dah memang plan nak kawin dengan Z. * Actually setahun sebelum kenal Z lagi N dah mintak cerai dari suami. Cuma dia tak sampai ke mahkamah je lagi.

Awal perkenalan dengan Z (April 2015) memang dia dah solat istikharah. Dan mungkin kerana Tuhan nak tunjuk beberapa penipuan duit yang Z lakukan kat dia terbongkar. Tapi, Z selalu bagi macam-macam alasan. Kerana sayang, dia bagi peluang demi peluang. Beribu jugaklah duit habis.

Seminggu sebelum raya hinggalah hari raya - Z tak dapat dihubungi. Fon memanjang off. Mesej & wassap x berbalas. Adelah sekali dia reply lepas beberapa hari. Katenye dia nak spend time dengan Darwisy harap faham sebab jumpa Darwisy jarang2 sedangkan jumpa N tiap2 hari. Hati N mula rasa x sedap.

Hari raya kedua,18/7/2015.
N kontek jiran dia - dorang suami isteri pernah kerja di sekolah yang sama dengan Z. Terkejut gila N bila dapat tau Z sebenarnya technician komputer kat sekolah tu, bukannya cikgu mahupun kaunselor & cikgu dalam exam board upsr. Dah pulak Z kata pergi UUM baru ni sebab nak lapor diri sebagai pensyarah Computer Science. Erkkk...habis tu dia ke mana? N mula fikir sebenarnya Z ada girlfriend lain.

Tak lama tu N dapat mesej daripada jiran dia mengatakan Z cuma ada kereta Saga & bukan Ford seperti yang selalu dia drive time dorang keluar. Hasil 'siasatan' lanjut, rupenye tu kereta isteri dia. Memang hancur luluh hati N. Harapkan pagar, pagar makan padi (betul ke perumpamaan aku ni?). Nak kata apa lagi - semua kebenaran diterima dengan akur walaupun terasa begitu pahit.

Kesian gila aku kat N. Tapi nak buat macamana takkan nak cerai & jadi bini no 2....
The End.

Wednesday, July 15, 2015

Open Access Endoscopy ~ detect stomach or oesophageal cancer early.

Surat arahan oleh Ms. Jasiah Bt Zakaria.
Ketua Jabatan Pembedahan, HTJS.
Merupakan 1 sistem perkhidmatan endoskopi yang membolehkan Pegawai Perubatan dari KK (Klinik Kesihatan) membuat rujukan terus ke Unit Endoscope Suite tanpa melalui proses rujukan ke SOPD terlebih dahulu.
~> boleh cepatkan waiting time pesakit yang disyaki menghidap barah esofagus/ perut (upper gastrointestinal).

Ditawarkan kepada semua KK di seluruh N.Sembilan.

Marks' Quadrant. 
Pesakit yang layak dirujuk untuk Open Access Endoscopy adalah pesakit dengan jumlah skor Marks' Quadrant -> 10 atau
lebih.

Flow chart/ Carta Alir:
1. Skor 10 atau lebih.
2. Doktor isi Form Open Access Endoscopy.
3. Staf KK call direct ke Unit Endoscope Suite untuk dapatkan tarikh & masa temujanji (No Tel 06-7683008).
4. Pesakit bawa pulang Form Open Access Endoscopy ke rumah.
5. Pesakit hadir ke Unit Endoscope Suite pada tarikh yang ditetapkan bersama borang tadi.
6. Endoskopi dijalankan.
7. Keputusan:
- Jika negative: rawatan sepatutnya akan diberi.
- Jika positive: siasatan lanjut perlu dijalankan.
Form Open Access Endoscopy.

Exclusion criteria for Open Access Endoscopy :
1. Pesakit yang telah didiagnos menghidap 'Upper Gastrointestinal Cancers'.
2. Pesakit yang baru menjalani endoskopi kurang dari setahun atau dalam proses temujanji.
3. Pendarahan 'Upper Gastrointestinal' akut.
4. Kes kecemasan (Yellow & Red Zone).
5. Pesakit yang sedang dalam rawatan di wad.
6. Pesakit yang dimasukkan ke wad kerana komplikasi kanser 'Upper Gastrointestinal'.
7. Pesakit tenat.
***********************************
OGDS
(Oesophagogastroduodenoscope).
* Inilah gambar Endoscope yang dimaksudkan.

Beautiful Hana from UNICEF.

Weekend..
First week Ramadhan.

I came out from Maybank after made a money transfer when a girl named Hana from UNICEF approached me. She looks boyish, but is actually a very polite girl & has a kind heart too.

Hana had resigned from being a lab engineer and become a UNICEF volunteer. I like her because she memang baik sangat.

Hana introduced me regarding donation for UNICEF which can automatically be deducted from our credit card ( cara lain x sure..heheh). The good thing is, eventhough kita keluarkan duit, we can claim back in e-filing (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Form nye macam kat bawah ni..
Ongoing Pledge Donor Form.
Boleh deduct setiap 1 bulan / setiap 6 bulan.
Donor Checklist.
Pilihan RM38 atau RM58 sebulan.
Atau,
RM228 atau RM348 dalam masa 6 bulan.
Sijil Penghargaan.
Sticker kereta pun dapat, tapi lupa snap gambar.

Wednesday, July 8, 2015

3 Skirt D.I.Y & Garment steamer MORGAN.

Baru ni aku ada cite tentang Mesin Jahit Tepi SINGER & Mesin Jahit TOYOTA aku kan..
So, kat sini aku nak share skirts yang aku dah jahit menggunakan mesin2 jahit kesayangan aku ni.
Kiri: Skirt chiffon hitam-merah.
Kanan atas: Skirt chiffon hijau-oren-hitam.
Kanan bawah: Skirt hijau ber'kaki' (kain biasa).
Kalau nak buat tempahan dah boleh ni (hehe..melawak je).

Yang ni pulak garment steamer MORGAN - RM180. Murah kan? Jenama lain mahal, antara RM4++ - 5++. Yang ni pun dah kira okey, senang aku nak iron pakaian dari chiffon material especially skirt aku tu & tudung layer aku. * Psstt..sekarang dah jarang sangat pakai shawl pi klinik, sebab malas dah aku nak lilit2.

Tuesday, July 7, 2015

MGTT - untuk semua ibu mengandung.

MGTT atau Modified Glucose Tolerance Test merupakan ujian untuk mengesan paras gula dalam darah. 

Cara:
- Patient perlu berpuasa malam.
- 'Darah puasa' akan diambil keesokkan pagi.
- Then, ibu mengandung akan diberi minum air gula (ikut sukatan standard). * Mesti habiskan. Tahan, jangan termuntah nanti ujian x valid.
- Darah akan diambil semula 2 jam dari waktu habis minum air gula.

Rujuk surat kat bawah... 
Arahan dari Dr. Krishna, HOD O&G, HTJS.

Semua ibu mengandung yang berdaftar di semua KKIA di N.Sembilan diWAJIBkan melakukan ujian saringan MGTT pada :
1. Tempoh awal kandungan, dan
2. Pada usia 28 minggu kandungan.
* Berkuatkuasa 1 Ogos 2015. 

Sunday, July 5, 2015

Tabung Bangunan PASTI Negeri Sembilan.

Dulu...
Orang wakafkan tanah persendirian untuk mendirikan rumah ibadah (masjid/surau), tanah persendirian untuk dijadikan perkuburan Islam dll yang mana hanya mereka yang mampu saja boleh berbuat demikian.

Sekarang...
Sangat banyak saluran untuk melakukan wakaf/infak harta kita. Walaupun dengan harta yang tidak seberapa, insyaallah sumbangan yang kita niat untuk wakaf mampu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Cth : Sijil wakaf Al-Quran.

Rasa nak wakaf la ni jugak?
Meh tengok bawah - ni kupon waqaf & infaq sekolah anak aku. Jom sama-sama kita MELABUR UNTUK SAHAM AKHIRAT. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Dengan ini, saya bersetuju untuk
mewaqafkan dan menginfaqkan
atas nama
.........................................................
sebanyak RM20 bagi tujuan
Tabung Bangunan PASTI N.Sembilan.

Selagi mana bangunan tersebut digunakan untuk menuntut ilmu pada jalan Allah, selagi itulah kita akan mendapat ganjaran pahala, insyaallah.

* Siapa nak waqaf, boleh wassap aku ~ 017-3841198. Bagi details nanti aku pos kupon ni sebagai bukti korang waqaf/infaq.

Sekadar renungan...
(Sumber - Google).


Related topics:
~ Pertemuan 3 Penjuru & Laporan Prestasi Murid.
~ Peperiksaan Pertengahan Tahun PASTI N.Sembilan.
~ Pendaftaran PASTI Al-Islamiyyah 2015.
~ Pendaftaran PASTI Al-Mawaddah 2015.

Friday, July 3, 2015

Mesin jahit tepi SINGER.

Dah lama betul aku mengidam mesin jahit tepi SINGER ni. At last, minggu lepas sampai jugak bende alah ni kat rumah aku lepas seminggu aku order + buat bayaran.

Selama ni aku memang suka buat credit card installment kalau rege barang elektrik lebih 1k. Rupenye kalau kat SINGER ni susah - kene sain perjanjian bagai. Kene ada copy IC aku, IC husband, paid slip dll. Siap kene bgtau kerja apa sebab nak masuk sistem. Memang lecehlah. Last skali aku swipe je credit card aku - RM14++. Kira setel dengan bank jelah pasni :D. (* Kalau buat bayaran ansuran tunai, rege kira lebih tinggi lagi.)

Aku xtau experience orang lain berurusan dengan pihak SINGER. Tapi apa yang jadi kat aku buat aku serik nak beli barang kat SINGER lagi. Selama aku beli barang kat kedai elektrik lain or kat AMWAY semuanya smooth jer.

Satu hal lagi - Technician. Susah betul SINGER kat Rahang, Seremban ni nak arrange technician ajar aku cara guna mesin jahit tepi ni. Banyak kali jugaklah aku call push dorang hantar technician cepat sebab dah lebih seminggu kot tapi hampeh jer. Dorang kata nak 'call back' aku.. tapi hampeh je. Lain masa pulak dorang cakap technician dah 'on the way' padahal technician kata SINGER tak inform dorang pun.

But, neway....
Taraaaaaaa.....
Mesin jahit TOYOTA aku dah dapat 'kawan baru',

Aku beli yang 4 benang.
Actually aku rasa kalau beli yang 3 benang pun dah okey.

Cara pasang benang.
Initially fail banyak kali tang ni.
Korang tengok jelah berselirat.-selirat benangnya. But it's ok - practice makes perfect.

Ni kat bahagian tepi untuk adjust jahitan tu nak rapat-rapat or jarang-jarang.
Mesin jahit tepi SINGER ni comes with CD & manual book (as usual). Technician tu ajar aku jahitan 'edging' je..yang basic. Katenye dalam manual & cd ada macam-macam lagi aku boleh explore. Ermmm...x kisahlah. Setakat seminggu ni pun dah banyak jasa mesin ni kat aku.

Yang bestnye... Aku dah berjaya buat 1 skirt labuh untuk diri sendiri. Yang tu aku share kemudianlah ea. Hihi.
~> 3 skirt D.I.Y

Thursday, July 2, 2015

Pertemuan 3 Penjuru & Laporan Prestasi Murid.

Sebelum ni aku ada tunjuk jadual pekse & markah 'exam' papers Abe kat SINI.

Ni pula nak cerita aku attend Pertemuan 3 Penjuru sekolah anak aku (PASTI) ~ 30/6/2015. Tadika 6 tahun je pun... bukan UPSR or PMR ye korang :D

Kenapa disebut 3 penjuru?
Sebab pertemuan ni melibatkan parents - murid - guru.

Feedback guru kelas?
Alhamdulillah amat memberansangkan. Tak sangka peningkatan mendadak berbanding masa dia tadika PASTI 5 Tahun. Kat rumah perangaiiii... nauzubillah. Mengada-mengada terlebih. Kat sekolah... alhamdulillah cikgu Fatihah kata dia berani, rajin - jumpa wording pape pun semua diejanya, suka volunteer tolong cikgu, dll. Cikgu kata Enche Adam (panggilan kat sekolah) is one of his fevret student.

Ni report dia yang aku ambik baru ni.
Abe dapat no 2 dalam kelas untuk pekse pertengahan tahun ni (Mase 5 tahun dia dapat no. 6). Markah keseluruhan 772/800. No. 1 gegirl ~ markah 778/800. Actually cikgu target dia yang no 1. Tapi, takpelah..tadika je pun. Hehe..