Pages

Sunday, February 8, 2015

Ganjaran berbakti pada ibubapa.

Salam Ahad.
Semoga sahabat-sahabat sekalian dirahmati Allah hendaknya.

Alhamdulillah, pagi ni aku masih dipanjangkan usia oleh Allah untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Aku tengah makan nasi lemak dengan anak-anak sambil dengar radio IKIM. Macam yang aku cerita kat SINI.... Memang mak lah yang bukak radio.

Aku taktau tajuk yang Ustazah cerita. Tapi, aku tertarik bila ustazah mintak kita bezakan, " Apa bezanya bilamana anak doakan ibubapa & ibubapa doakan anak-anak? Tentunya si ibu berdoa bersungguh2 sambil berlinangan air mata. Sedang si anak, just doa cukup syarat je. Air mata sedikit pun tak menitis. "

Ustazah kongsikan 1 kisah:
(Jalan penceritaan sedikit berbeza)
Ada seorang ibu yang sakit. Di kalangan anak-anaknya, si bongsu menawarkan untuk menjaganya. Si bongsu siap berenti kerja supaya dapat jaga si ibu sepenuh masa.

Alhamdulillah hidupnya sangat berkat - itu yang dilihat & dikatakan oleh adik-beradiknya. Anak2nya berjaya dalam pelajaran (Tak perlu pergi kelas tambahan pun dapat straight A's. Lagipun mana dia mampu sebab tak bekerja). Anak-anak nya juga taat pada ibubapa, solat 5 waktu & rajin ke masjid.

Mashaallah. Sungguh benar janji Allah, " Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa, & murka Allah terletak pada murka kedua-duanya "
(Ridhallah hu fi ridhaail-waalidayn)

************************************
Pssttt..tak sempat lagi habiskan BW sebab seharian outings semalam.

35 comments:

  1. Berbakti kepada ibu bapa in sha allah allah kurniakan ganjaran dan rezeki yang banyak ^^

    ReplyDelete
  2. Entri ni kena batang hidung saya sendiri. Saya selalu doakan mak ayah saya tapi tak pernah lagi nak menangis. sob sob

    ReplyDelete
  3. Betul tu Dr.
    Setiap kali kalau ada saya terbuat salah dekat mak ayah.
    Rasa risau sangat bila teringat ayat yang Allah tak akan redha ke atas anak itu jika emak ayahnya tak redha ke atas anaknya itu. Takut saya bila teringatkan ayat ni.

    Semoga kita sentiasa menjaga hati ibu bapa.

    ReplyDelete
  4. sy pun suka dgr radio ikim..banyak pengisian islamik *insaf*

    ReplyDelete
  5. Slmt brhujung minggu Kak, memg trkesan d hati

    ReplyDelete
  6. sayangnya iman tak dapat diwarisi.. berusaha jadi yang terbaik

    ReplyDelete
  7. yg ptg bila jaga ibu bapa mestilah niat ikhlas krn Allah . bkn krn nak dpt ganjaran dr Allah ...

    ReplyDelete
  8. berbakti kat ibu bapa ni ganjarannya besar kan. hidup lebih berkat..

    ReplyDelete
  9. Besarnya ganjaran menjaga ibu bapakan Nazeck.... Masyaallah.... beruntungnya ibu ayah yg dapat anak soleh mcm tu. Kan janji Allah, setiap benda baik lambat laun akan dibalas baik jugak olehNya...

    ReplyDelete
  10. Restu sgt PENTING !! Semoga maria sentiasa berjasa dgn parents maria

    ReplyDelete
  11. betul apada yg diceritakan oleh ustazah tu..ni jugak isah bennar..kawan ofis sis JM tinggal berdua bersama ibunya yg sakit..beliau lah byk berjasa kepada ibu berbanding adik beradik yg lain...rezeki beliau sgt murah dan mudah..apply sambung master dgn tajaan biasasiswa segan je dapat compare kwn2 yg lain. minta tukar x sampai setahun dpt surat..nk tukar kereta seperti tukar baju je..reseki murah..jd moral of the story marilah berbakti kepada kedua org tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....berbaktilah pada ibu bapa...
      bagus kawan sis JM. Boleh jadi contoh pada kita semua....

      Delete
  12. tersentuh dekat part berdoa tu Shikin..memang selalu rasa doa tu buat cukup syarat je...huhu

    ReplyDelete
  13. lagipun doa seorang ibu amat mustajab!

    ReplyDelete
  14. maknya yang sakit tu adalah ujian yg Allah kasi untuk anak2 skali.. bukan kat mak aje.. nk tengok kesungguhan anak2 nak jaga ke tidak.. tu yang ganjaran besar =)

    ReplyDelete
  15. Rezeki yang berkat itu bermakna biar sedikit tapi cukup... Buat baik pada ibu bapa atau sesape aje... Tuhan yang akan balas...

    ReplyDelete
  16. terima kasih.. peringatan.. betul apa yg ustazah tu katakan

    ReplyDelete
  17. baru2 ni saya ada melawat sedara... makcik tu kena kerat kaki.. then ank perempuan dia yg no dua tu yg jaga dia dari dulu...
    walaupon dari segi luaran nmpk ank dia ada kekurangan sikit tapi dia mampu mnjaga maknya.
    mak dia ada cita, ada org dtg masuk minang anknya..tapi ank dia tnya sanggup ka nk dok skli ngan mak dia.. dia nk jaga mak dia.. so smpai skrg dia xnk kawen sbb nk berbakti pada mak dia... skrg dok susah hati tgk mak dia sakit.. mmg dia betul2 berbakti lah pada mak dia.. dari mak dia sihat dulu dia mnjaga.. skrg mak dia sakit..masih lagi mnjaga..

    ReplyDelete
  18. wana pun nak berbakti pada ibubapa wana..dah banyak salah dan perbuatan yang menguris hati mereka tanpa sedar mahupun sengaja..rasa berdosa sangat.. :(

    ReplyDelete
  19. krn itulah redha Allah ada pada redha ibu bapa... keredhaan hidup anak2 terletak kpd keredhaan org tuanya....

    ReplyDelete
  20. hmmm.. betul juga apa yang ustazah tu cakap. orang kata lagi, kalau dah jadi ibu bapa ni, barulah lagi terasa apa yang mak bapa kita pernah buat dekat kita dulu. apa mereka sacrifice semata-mata keselamatan dan kebahagiaan anak2 mereka.

    ReplyDelete
  21. akak setuju sangat.. apapun thanks untuk perkongsian ini.. kekadang kita terleka dengan duniawi sehingga terlupa perkara asas nih.. perkara yang mudah untuk mendapat keredhaan Allah.. semoga kita berada di dalam keredhaan Allah..

    ReplyDelete
  22. Nice sharing akak.. berbakti kpd ibu bapa selepas mereka menjaga kita sehingga berjaya.

    ReplyDelete
  23. Terima kasih untuk perkongsian ni kak...

    ReplyDelete
  24. berbakti dan berbuat baiklah kepada ibubapa selagi mereka hidup. Sentiasa mendoakan mereka. Sob, sob..rindu emak ayah

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~